Jumaat 8/02/2013:
2 -3 hari lepas aku rasa tak sihat. Rasa letih yang amat sangat. Letih mengemas di ofis tak habis, ditimpa musibah pulak. Hari Jumaat lebih kurang jam 12.40 tengahari, aku dalam perjalanan balik ke rumah dari ofis. Sambil memandu santai, tiba di Jalan Bukit Kajang tiba-tiba terasa kereta berdentum di bahagian sebelah kiri kereta.
Ya Allah, apa pula yang berlaku ni. Aku cuba tekan minyak untuk ke depan, kereta tak bergerak. Aku cuba ke belakang pun kereta tidak bergerak. Rupanya bahagian kiri kereta melekat dengan sebuah teksi! Aduhh... Aku cuba menghubungi en suami tetapi tidak berangkat. Aku cuba pula hubungi abah, sama tiada jawapan.
Akhirnya teksi tersebut ke belakang dan aku berjaya menggerakkan kereta ke depan. Aku segera mengalihkan kereta ke bahu jalan. En. teksi sudah menunggu aku di luar kereta. Dia bising-bising aku telah melanggar teksinya dan menyalahkan aku. Dalam keadaan yang masih lagi trauma dan terkejut akibat pelanggaran itu, aku terus mencuba menelefon en suami.Akhirnya en suami menjawab panggilan aku. Aku mengadu aku mengalami kemalangan kereta dengan sebuah teksi. En suami terus menyuruh aku ke Balai Polis Kajang untuk membuat aduan/laporan kemalangan.
Aku memberitahu en teksi supaya mengikut aku untuk sama-sama membuat aduan/laporan kemalangan di Balai Polis Kajang. En teksi seakan-akan berat hati untuk membuat aduan/laporan. Aku fikir mungkin dia takut atau tidak mahu melibatkan pihak insuran. Aku cuba bertanya kepada en teksi untuk memancing jawapan,
"Encik nak settle macam mana ni?" Nak settle sendiri-sendiri ke?
Terus dia bersemangat dan tersenyum lebar.
"Haa.. boleh sangat kalau macam tu. Kalau ikut insuran leceh. Nak begitu nak begini. Lagipun kalau puan buat report pun, puan yang salah sebab puan menggunakan hand phone sewaktu memandu."
Aku terus tersenyum dalam hati. Dah aku agak, dia tidak mahu melibatkan pihak polis dan pihak insuran.
"Tak apalah encik, jom kita ke Balai Polis, kita selesai di sana. Encik nak salahkan saya ke nak apa ke, kita jumpa di Balai Polis selepas sembahyang Jumaat"
Aku nak dia tahu, aku berani ke Balai Polis kerana aku di pihak yang benar. Akhirnya encik teksi menjawab,
"Err..lepas sembahyang saya ada hal. Saya buat report lambat sikit kot. Kalau boleh, puan bincanglah dengan suami kalau-kalau dia setuju mahu settle luar.."
Aku terus ambil no. plat teksi dan no. telefon encik teksi untuk rujukan aku nanti di Balai Polis. Dengan hati yang walang, aku memandu kereta pulang ke rumah. Terasa betul-betul letih dan sedih. Kereta dah serupa kereta terbang. Ada sayap di sebelah kiri. Feeling bawa 'Kereta Batman'
Lebih kurang jam 1.30 petang dengan keadaan aku yang masih terkejut, aku memandu 'Kereta Batman' ke Balai Polis Kajang. Aku parkir berhampiran Balai Polis Kajang. Nasib baik kakak sepupu aku Hadia sudi nak teman aku untuk membuat aduan kemalangan. Ada supporter sikit untuk aku yang lemah semangat ni.
Sambil tunggu giliran aku duduk termenung mengenangkan kereta bersayap aku tu. Haih... mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada aku.
Macam mana hebat pun..
Macam mana berhati2 pun..
Kalau Allah nak uji, aku redha..
Semuanya telah ditetapkan...

No. giliran dipanggil, aku terus ke kaunter aduan dan berikan keterangan mengenai kemalangan yang aku alami. Sepatah ditanya konstable bertugas, sepatah aku menjawab. Masih lagi dalam kejutan yang tak disangka-sangka. Aku tekankan pada aduan/laporan aku, aku tidak menggunakan hand phone sewaktu memandu kerana aku tidak perlu untuk menggunakan hand phone. En suami dah setting sebarang call in/out hanya menggunakan bluetooth device di kereta. Selesai membuat aduan/laporan kemalangan, aku terus balik ke rumah. Kakak sepupu jemput aku untuk balik ke ofis. Aku tak larat nak drive dalam keadaan macam tu.
Semoga aku dan keluarga sentiasa dalam lindunganNya... Amin...
Comments
Post a Comment