Skip to main content

Posts

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT)

Ujian buat kami sekeluarga.

Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah.

Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat.

8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby Muhamma…
Recent posts

5 Tahun Cinta

Alhamdulillah.. 4.3.2011 - 4.3.2016Esok adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan Zuwan. Usia cinta kami untuk kali ke 5 ini di samping anak-anak syurga Putri Nurnazurah Qistina, 4thn dan Muhammad Nur Zuhaily, 28 hari. Tiada yang aku pinta, ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana cinta ini disemai dengan kasih sayang dan saling menjaga anta kami. Bersama anak-anak yang menambahkan lagi rahmat tuhan dan kebahagiaan dalam hidup kami.Semoga kami bersama hingga ke syurga. Amin...

*aku dan Muhammad ditahan wad kerana masalah berat bdn Muhammad yang serius.. Doakan kami.. Amin..

Muhammad Nur Zuhaily Bin Norezuwan

Bersiaran pada sekian kalinya...Alhamdulillah.. Pada Jumaat 5/2/2016 jam 10.25 malam, aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.61 kg di Hospital Kajang. Putri dah dapat adik lelaki. Ada masa dia suka, ada masa dia moody. Protes dengan mamanya. Haih.. Hari-hari ada drama swasta, sabar je la mamanye pun. Curi-curi masa hadap handphone, nak juga update kat blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Hihihi... Nanti-nanti aku update lg. Mana tau ada yang sesat singgah sini terbaca cerkon aku ni pulak kan.  Tepek sikit gambar anak-anak manja kesayangan ni..

The Last Time...

The Last TimeFrom the moment you hold your baby in your arms,
you will never be the same.
You might long for the person you were before,
When you have freedom and time,
And nothing in particular to worry about.You will know tiredness like you never knew it before,
And days will run into days that are exactly the same,
Full of feedings and burping,
Nappy changes and crying,
Whining and fighting,
Naps or a lack of naps,
It might seem like a never-ending cycle.But don't forget …
There is a last time for everything.
There will come a time when you will feed
your baby for the very last time.
They will fall asleep on you after a long day
And it will be the last time you ever hold your sleeping child.One day you will carry them on your hip then set them down,
And never pick them up that way again.
You will scrub their hair in the bath one night
And from that day on they will want to bathe alone.
They will hold your hand to cross the road,
Then never reach for it agai…

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh.Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

Cuti-cuti Melaka 2015

18 April 2015, kami bercuti ke Bukit katil, Melaka. Dah bertahun tak pergi bercuti satu keluarga. Hehehe.. Dapatlah satu hari satu malam bersam-sama melepas penat lelah bekerja siang malam. Masa untuk anak beranak pula.

Plan tak lama, mak abah bagi je green light, aku dengan kakngah Lucy settle kan semua. Terima kasih angah dan kakngah Lucy belanja kami. Hehehe..

Gembira tengok anak-anak angah, along dan aku bersuka ria. Walaupun riuh cucu-cucu Hj Yusob dan Hjh Maznah buat perangai, tak apa.. Kami tutup mata. Hahahah...

Bayou Lagoon Park Resort Bukit Katil Melaka.

Bilik selesa, bersih dan sesuai untuk keluarga ramai.

Kami ambil apartment 3 bilik. Tambah katil satu. Tambahan bayaran untuk Water Theme Park dan breakfast sahaja.

*Cuma kene berhati-hati dan tengok-tengokkan anak-anak. Sebab grill tingkap tiada. Hanya tingkap kaca yang penguncinya dah loose. Bayangkan anda berada di tingkat 8, kalau terbuka tingkap, habis.

Breakfast sedap dan cukup rasa.(Bab makan, memang favourite aku)

Ma…

Kemaskini

Dah lama aku tingggalkan blog ni. Tak terjenguk sampai naik kusam.

Sebenarnya, tak ada cerita terbaru yang menarik untuk aku share. Sejak diserang demam batuk dan selsema tak lupa jugak gastrik yang mengada minta perhatian, aku agak lemau. Cuma aktif di group whatsapp saja.

Nak  buka blog lebih selesa guna laptop atau PC. Update dari hand phone tak berapa feel.

Lagi 4 hari (31/3/2015) Cik Putri akan sambut ulangtahun kelahiran yang ke 3 tahun. Disebabkan mak pak dia busy, jadi sambutan kali ini tak serupa macam sambutan ulangtahun pertama atau yang ke 2 macam dulu la. Kita sambut ala kadar saja ye Putri. Nanti mama plan kita holiday mandi kolam lagi ye.

Tengah discuss dengan makngah Lucy. Ke mana kita.... MELAKA!! Yeay!! Hahahaha.. Yang itu mak ko paling excited. Keh keh keh...

Hujung minggu ni kita sambut dengan nenek atok Sentul dulu ye, birthday party in advance. Alah, family mertua saja. Tak jemput orang luar. Adik beradik saja. Dengan atok nenek Kajang kita sambut minggu depan.