Rasa tak sedap badan. Dah bebrapa malam tak dapat tidur lena. Tengah malam terbangun sebab mual rasa nak terjeluek. Lain macam ni.
8 Mei 2020 (Jumaat), balik dari pejabat terus ke Farmasi. Beli UPT. Hati berdebar-debar.
Pagi 9 Mei 2020 (Sabtu) selepas sahur terus mandi nak solat Subuh sekali. Dengan berdebar buat test gunakan UPT yang dibeli semalam. 5 minit kemudian jenguk semula strip test tu. Kelip-kelip mata tak percaya. Double line.
Macam-macam rasa ada. Kali terakhir ambil perancang bulan April 2019. Aduh.. Dah bersediakah aku.
Selesai Subuh terus terlelap. Nak bertenang sekejap.
Bangun pagi tu terus beritahu suami. Suami senyum sampai ke telinga. Usap-usap perutku.
Rezeki dari Allah sempena PKP. "baby pkp"
Selepas Maghrib dan Isya terus solat terawih. Habis terawih waktu salam suami, dia bisik "terima kasih mama". "Tahniah dah ada baby". Aku hanya senyum.
Pagi 10 Mei 2020 (Ahad) waktu sahur dah rasa senak perut. Rasa macam senggugut. Haih kenapa pula ni. Seleaai Subuh lelap sekejap. Bangun pagi masuk toilet tengok ada spot darah.
Allah.. Terus beritahu suami. Siapkan anak-anak terus ke rumah mak hantar diorang. Bergegas ke klinik.
Doktor buat urine test dan hasilnya memang positive (double line). Doktor terus scan untuk melihat keadaan janin. Doktor beritahu kantung kosong. Tiada baby. Aku terus terdiam. Allah..
Doktor terus terangkan kemungkinan-kemungkinan yang ada. "mungkin keadaan aku yang baru sahaja hamil jadi ada darah yang turun sedikit atau mungkin juga telah berlaku proses pengguguran".
Rasa nak luruh jantung aku dengar doktor terangkan. Suami diam. Tak tahu apa perasaan dia.
Doktor berikan ubat kuatkan rahim, ubat henti darah dan Acid Folic. Doktor pesan, kalau darah turun lagi banyak boleh terus ke kecemasan hospital. Rehat dan jangan buat kerja-kerja berat.
Malamnya aku rasa cemas. Tak selesa dan rasa sakit perut yang kuat. Aku berdoa semahunya. Permudahkanlah segalanya.
11 Mei 2020 (Isnin) Selesai Subuh aku berbaring. Terasa darah semakin banyak turun. Aku bangun ke toilet terus rasa sesuatu ketulan keluar.
Allahuakhbar.. Menitik air mata. Aku lihat ketulan janin yang keluar. Suami terus bawa aku ke klinik . Doktor melihat ketulan dalam bungkusan yang aku bawa dan sahkan ketulan janin dan kantungnya sudah keluar. Sah aku keguguran 6 minggu.
Hanya 6 minggu janin sempat berada di dalam rahimku. Aku tak kuat. Terasa lain. Perasaan kecamuk.
Doktor berikan cuti rehat selama 7 hari.
Bermulalah aku 'berpantang'. Biasa kita berpantang bersama baby, tapi kali ini aku berpantang kerana keguguran. Nasib waktu PKP ni suami ada di sisi. Dialah yang menjagaku sewaktu berpantang.
Mak bekalkan air rebusan kunyit untuk kecutkan rahim dan batu sungai untuk dibuat bertungku. (Bakar batu dan tuamkan di perut). Suami belikan halia dan bawang putih untuk disangai (goreng tanpa minyak).
Hari-hari bertungku, sanggul tinggi dan berbengkung. Merasa lah berpantang waktu PKP.
Rasa bercampur baur. Kenangan yang takkan dilupakan.
#4thbaby
#6minggu
#11mei2020
#kenanganpkp
#kenanganramadhan2020
Comments
Post a Comment