Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Meskipun Kau Tahu

By  Projector Band Sering diriku dihantui bayangmu Sering diriku merasakan kau disini Sampai bila 'ku yang harus diganggu Sampai bila kau yang harus kurindu Mengapa pergi kau hancurkan hati ini Mengapa masih 'ku menunggu Mengapa masih kau disitu Jika untuk menyakitiku Pergi kau jauh dariku Mengapa tidak kau selami Tulus hatiku mencintamu Lemah nadiku melihat dirimu Bersamanya Huo-o-o... Meski kau pun tahu 'ku kekasihmu Sampai hati kau mengkhianati jiwaku Kau hancurkan cinta Kau leburkan semua Kisah-kisah kau dan diriku Meski 'ku bertahan sambut cintamu Kau terangi jiwa ini lembut hatimu Hidup dan matiku hanyalah untukmu Sudah 'ku tahu Tak akan kembali... Hancur hatiku... Untuk selamanya... Meski …

Ramadhan Tahun 2020

Rasa tak sedap badan. Dah bebrapa malam tak dapat tidur lena. Tengah malam terbangun sebab mual rasa nak terjeluek. Lain macam ni.  8 Mei 2020 (Jumaat) , balik dari pejabat terus ke Farmasi. Beli UPT. Hati berdebar-debar.  Pagi 9 Mei 2020 (Sabtu) selepas sahur terus mandi nak solat Subuh sekali. Dengan berdebar buat test gunakan UPT yang dibeli semalam. 5 minit kemudian jenguk semula strip test tu. Kelip-kelip mata tak percaya. Double line.  Macam-macam rasa ada. Kali terakhir ambil perancang bulan April 2019. Aduh.. Dah bersediakah aku.  Selesai Subuh terus terlelap. Nak bertenang sekejap. Bangun pagi tu terus beritahu suami. Suami senyum sampai ke telinga. Usap-usap perutku. Rezeki dari Allah sempena PKP. "baby pkp" Selepas Maghrib dan Isya terus solat terawih. Habis terawih waktu salam suami, dia bisik "terima kasih mama". "Tahniah dah ada baby". Aku hanya senyum.    Pagi 10 Mei 2020 (Ahad) waktu sahur dah rasa senak perut. Rasa macam senggugut. Haih k

Kenangan PKP - PKB 2020

Tahun 2020 ni pertama kali merasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Bermulalah PKP 18.3.2020 hingga PKPB 9 Jun 2020. Pada awal semua mungkin rasa tertekan. Lama-lama semua dah terbiasa. Duduk di rumah dan hanya keluar atas urusan penting.  Waktu bekerja hanya dari rumah. Sesekali sahaja ke pejabat.  Anak-anak dan suami pun dapat luangkan masa bersama.  Ada hikmah semuanya terjadi...