Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*

Pertama Kali

Suami beriya-iya ajak pulang ke kampung dan paling tak sabar pulang berhari raya ke kampung nanti. Excited sebab orang baru ada kampung kan.. Untuk pertama kalinya aku balik ke kampung bersama keluarga mertua. Tapi diiringi jenazah arwah kakak sepupu encik suami.  Jam 3.00 pagi (Isnin) aku dan encik suami dikejutkan dengan satu panggilan daripada mak mertua. Perkhabaran sedih dan menyentap jiwa. Kakak sepupu encik suami, kak Rozita telah kembali ke rahmatullah. Encik suami terkedu. Aku tahu dia menahan air mata. Aku rasakan ombak dadanya beralun keras. Aku juga sayu bila mengenangkan kami tak sempat menziarahi arwah ketika hayatnya.  Arwah disahkan meninggal dunia kerana Kanser Pankreas. (Dicatatkan dalam sijil kematian.) Kami bergegas bersiap dan terus ke rumah arwah di Pantai Dalam. Ketika kami tiba  ayah dan  mak mertua serta adik-adik iparku aku sudah tiba lebih awal. Kak Mis terataitasikmadu   juga. Kedengaran bacaan Yaassin daripada adik beradik arwah dan jiran tetangga. Aku t

Tak boleh selalu puji..

Sebelum ni aku selalu aje puji khidmat servis dari broadband yang aku guna pakai sejak tahun 2008 lancar dan penuh gaya . Tapi makin diorang upgrade makin tak best pulak line die.. Haiyya...  Dulu tak pernah sangkut-sangkut.. sekarang ni bkn tahap kadang-kadang dah..tp tahap LEMBAP!! Aku marah ni..marah tahu... aku bukan tak bayar ok... kadang-kadang sebab sakit hati aku sengaja lewat-lewatkan bayar bil..ye aku memang degil.. tapi servis tetap macam hampeh... nk report pun mesti diorang kate area aku mungkin coverage problem.. tp tgk iklan sume nk hebat... huh!! tgh berkira-kira dan survey-survey kalau-kalau ade yg best ke... (ade ke yg paling best ~ xpernah sangkut-sangkut esp men game & tgk muvie online??) *mlm ni encik suami g kelas kompang...lagi laa aku boring...*

H.E.A.V.E.N

Tengah sibuk-sibuk aku buat kira-kira, tgk jam kat tangan dah pukul 4.00.. (semangat nak buat kerja tengah .. mencanak-canak) Hoh!! Dah pukul 4.00 petang.. Tengok kalendar, ehh! Hari ni hari Jumaat?? Ape?? Besok Sabtu?? Cuti !! Hahaha!! Satu je aku nak jerit..  H.E.A.V.E.N!!!!! wOhh0ooo!! *besok mau beronggeng ke IKEA dengan akak sepupu aku... (Encik suami balik Sentul nak repair moto,dh mintak izin siap-siap nk g jalan-jalan..)  Mari kita bersopink ye gadis-gadis sekalian.. Ehehehe... gaids x gadis sangat laa ye... *

Pitam..

Hari ni dua kali aku pitam... bukan pengsan ye..  PITAM - Syncope iaitu pitam yang berlaku secara tiba-tiba, biasanya sekejap sahaja tetapi boleh menjadi pengsan - tidak sedarkan diri disebabkan oleh peredaran daran dan oksigen yang tak cukup di otak.  Apabila berbaring, aras kepala perlu berada sama laras dengan aras jantung. Darah akan kembali ke otak dan pesakit akan sedar kembali selepas beberapa minit. Sumber rujukan dari http://drzubaidi.com/blog Pagi lepas makan ubat, aku masuk ke dalam bilik, terus terjelepuk depan katil, encik suami masuk bilik terkejut tgk aku dan terus papah ke katil.  Kali kedua waktu petang. Aku bangun nak keluar bilik. Pegang tombol lepas tu terasa gelap aje. Aku cume dengar bunyi  gedegang!!  Sedar-sedar aku terasa encik suami angkat aku dan papah ke katil. Dia ckp tgh tido terkejut dengar bunyi jatuh, bila die bangun terus melompat dari katil lepas tengok aku terjeluk tepi pintu. Dahi dan siku aku melecet, mungkin terkena pintu.  Aku terus rasa l

3 hari yang sengal

Sejak Ahad pagi aku dah rase semacam.. rase sengal satu badan..sakit tekak..sakit hidung.. semua rase yang x best..ade ke demam yg rase best?? huh!! mama mertua aku buatkan bubur barli.. sedap..tp bile dh demam tekak rase payau aje.. haih... Pagi Isnin pg keje dh rase sengal-sengal badan.. Sakit kepale.. badan panas.. hidung berair.. sakit telinga.. nak buat kerja semuanya serba tak kene... Pagi Selasa badan makin panas..tp gigih juga aku memandu ke ofis.. aku dh mula batuk-batuk dan selsema.. sangat tak selesa.. dah nak masuk tengahari en. bos suruh aku ke klinik dan balik ke rumah lepas aku bersin nambelaskali.. sangat x best!! Lepas makan tengahari, encik suami bawa aku ke klinik (en. suami kerja shift petang) doc kate aku demam, batuk dan selsema jadi otot dan sendi-sendi aku menegang.. Petang lepas ecik suami ke tempat kerja aku terus makan ubat sedos dua dan terus masuk tid0..  Dari pukul 12.00 malam sampai ke azan Subuh mata aku terkebil-kebil.. Aku mengantuk tapi mata tak m

jaga tepi kain org...

Menegur dan menasihati itu sama sekali tiada hubung-kait dgn menjaga tepi kain orang. Kerana kebiasaannya, menjaga tepi kain orang adalah apabila kita saja nak bertanya hal peribadi orang yang tidak membawa manfaat manakala mengambil berat dan menasihati pula adalah untuk kebaikan insan tersebut jua. Kita dianjurkan untuk saling mengambil berat sesama saudara mahupun jiran tetangga namun kita harus tetapkan niat kita bahawa kita hanya menegur atau bertanya untuk kebaikan sahaja, bukan untuk menjadikan ia sebagai bahan umpatan dan sebagainya Adalah lebih baik sebelum jaga tepi kain orang, kita fikirkan dan cermin diri sendiri dahulu, sebelum mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri dahulu dan sebelum memberi ilmu kepada orang lain, berilah ilmu pada diri sendiri supaya kita tak terjelepuk suatu masa nanti.   Bila jaga tepi kain orang, sekurang – kurangnya kamu prihatin dengan orang disekeliling kamu. Tapi biarlah bertempat, jangan sampai mengumpat. Maka memang layak l

miss u lah!!

Dalam banyak2 tempat aku paling miss tempat kat sini... dua tiga kali pegi pun aku masih lagi merindui tempat ni... Segala-galanya bermula di sini... dan aku masih lagi teruja untuk ke sini... *tiba-tiba rase macam nak hanimun lagi... boleh x?? hahaha!!!...*

tiada kata..

Hari ni terasa moody. Serius aku terasa tak ada hati nak buat apa-apa. Nak buat kerja malas. Nak main game malas, nak makan malas. Sume aku buat aku rasa mcm tak ada perasaan. Entah kenapa aku terasa semacam. Nak kata sedih tak, nak kata gembira lagilah tak kan..  Hanya yang mengerti dapat memahami.. Hanya yang terasa dapat merasakannya.. Aku begitu dambakan kehadirannya.. Terasa kosong..sepi.. Tak ada kata dapat aku gambarkan keadaannya.. *malam ni ikut en.suami TTS kat Cheras*