Skip to main content

3 hari yang sengal


Sejak Ahad pagi aku dah rase semacam.. rase sengal satu badan..sakit tekak..sakit hidung.. semua rase yang x best..ade ke demam yg rase best?? huh!! mama mertua aku buatkan bubur barli.. sedap..tp bile dh demam tekak rase payau aje.. haih...

Pagi Isnin pg keje dh rase sengal-sengal badan.. Sakit kepale.. badan panas.. hidung berair.. sakit telinga.. nak buat kerja semuanya serba tak kene...

Pagi Selasa badan makin panas..tp gigih juga aku memandu ke ofis.. aku dh mula batuk-batuk dan selsema.. sangat tak selesa.. dah nak masuk tengahari en. bos suruh aku ke klinik dan balik ke rumah lepas aku bersin nambelaskali.. sangat x best!! Lepas makan tengahari, encik suami bawa aku ke klinik (en. suami kerja shift petang) doc kate aku demam, batuk dan selsema jadi otot dan sendi-sendi aku menegang.. Petang lepas ecik suami ke tempat kerja aku terus makan ubat sedos dua dan terus masuk tid0.. 

Dari pukul 12.00 malam sampai ke azan Subuh mata aku terkebil-kebil.. Aku mengantuk tapi mata tak mahu lelap.. hanya berkhayal sepanjang malam kesan daripada ubat yg aku ambil.. Akibatnya pagi rabu aku terus tak pergi kerja. Encik suami balik pg tu terus buatkan sarapan dan bg ubat. Die suruh aku tid0 balik. Tapi badan aku makin panas dan dalam khayal tu aku berjalan terhuyung hayang. Aku rasa dunia ni macam berputar. Tau-tau encik suami papah ke katil dan aku terus terlelap.
Bangun-bangun aku gagahkan badan utk mandi. Risau juga takut tergolek dalam bilik air. Tapi encik suami pesan jangan kunci pintu bilik air. Sekarang aku gigih menaip sebab rase semacam aje bile aku duduk tak buat apa-apa.. Kesengalan yang aku alami ni benar-benar buat aku rase sengal..

*hujan lebat di tengahari buat aku rase layu aje...*



Comments

  1. mmm..de pape kot nie :)
    jgn lupa mkn ubat k ^_^

    ReplyDelete
  2. tgh red flag laa... ni demam biase je iman.. but pray for me ok..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..i will always pray 4 my frens happiness ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~