Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

Cuti-cuti Melaka 2015

18 April 2015, kami bercuti ke Bukit katil, Melaka. Dah bertahun tak pergi bercuti satu keluarga. Hehehe.. Dapatlah satu hari satu malam bersam-sama melepas penat lelah bekerja siang malam. Masa untuk anak beranak pula. Plan tak lama, mak abah bagi je green light , aku dengan kakngah Lucy settle kan semua. Terima kasih angah dan kakngah Lucy belanja kami. Hehehe.. Gembira tengok anak-anak angah, along dan aku bersuka ria. Walaupun riuh cucu-cucu Hj Yusob dan Hjh Maznah buat perangai, tak apa.. Kami tutup mata. Hahahah... Bayou Lagoon Park Resort Bukit Katil Melaka. Bilik selesa, bersih dan sesuai untuk keluarga ramai. Kami ambil apartment 3 bilik. Tambah katil satu. Tambahan bayaran untuk Water Theme Park dan breakfast sahaja. *Cuma kene berhati-hati dan tengok-tengokkan anak-anak. Sebab grill tingkap tiada. Hanya tingkap kaca yang penguncinya dah loose . Bayangkan anda berada di tingkat 8, kalau terbuka tingkap, habis. Breakfast sedap dan cukup rasa.(Bab makan, meman