Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Rabu yang sebu

Hari ni entah kenapa aku tak ada mood. Pagi-pagi je dah rase tak sedap hati. Hadoii.. ni yang tak berapa gemar ni.. Rase nak balik rumah dan berkurung dalam selimut dalam cuaca yang mendung-mendung kelabu. Lapar tapi perut terasa sebu.. Terasa letih..Terasa tak keruan.. Semoga Allah melindungi aku, baby & en suami selalu.. amin.... *masih buat check list barang-barang baby.. nak budget masa shpping nanti..*

Berbagi kasih

Salam Maal Hijrah untuk semua muslimin dan muslimat seluruh Malaysia. Hari ni hari cuti. Jadi aku hanya bermalas-malas dirumah. Hanya berehat ditemani en suami yang bekerja shift malam.  Boleh bermanja-manjaan.. Hihihihi... Bulan Disember banyak betul jemputan perkahwinan kawan-kawan dan saudara mara. Penuh jadual hari minggu aku. Kadang tak tahu mana satu jemputan yang ingin dipenuhi. Orang dah menjemputkan.Jadi wajiblah dihadirkan diri melainkan ada keuzuran. Masa inilah kita nk bersua muka dan beramah mesra dengan kawan-kawan dan saudara-mara yang hadir. Kalau dulu aku hanya bersendiri, ke kenduri bersama kawan-kawan atau hanya bersama keluarga. Tapi sekarang selepas berumah tangga, keadaan sudah berubah. Aku sudah ada dua keluarga dan kawan pun bertambah. Kenalan en suami adalah kenalan aku juga. Jadi kami harus bijak membahagi masa dalam membuat perancangan lebih-lebih lagi jika ada dua atau tiga emputan majlis dalam satu-satu masa.  Ikutkan hati hanya nak pilih yang dekat..ya

Jumaat yang gembira

Kenapa setiap kali hari Jumaat saja semua orang berasa sangat gembira. Tahap kegembiraan yang melampau. Sebab besoknya hari Sabtu. Hari cuti. Hehehe.. Hari ni seawal 7.30pg aku dah terpacak dekat Klinik Kesihatan Jln Semenyih tu. Ambil nombor giliran dan 15 minit tunggu, nombor dipanggil terus cek BP-blood pressure. Alhamdulillah. BP maintain. Lepas tu cek air kencing, pun ok juga. Tak ada keton dlm air kencing. Huhuhu... So next check up 29/11/2011 (Selasa) minggu depan. Harap masa jumpe doc nanti dan die tgk report selama 2 minggu ni aku dh free. Tak yah kene pantau lg. Risau jugak sebenarnya kalau duduk dlm zon pemantauan. Macam-macam yang aku fikir.. Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan ku. Weekend aktiviti aku penuh. Malam Sabtu pergi airport. Nak ambil maklong & paklong pulang dari mengerjakan Haji. Mak dah excited nak jumpe kakak dia. Sebab masa maklong berangkat ke tanah suci 44 hari yang lepas kami tak berkesempatan berjumpa dengan maklong & paklong. Sebab p

Pemantauan

Lepas bacaan berat badan aku naik sebulan lebih dari 3 kg, aku terpaksa dipantau oleh doc. Dua kali seminggu kene datang klinik kesihatan untuk cek BP - tekanan darah. Tiap kali pergi mesti bacaan berat badan aku naik.. Haiyoo... nurse pun sudah bising.. Tapi BP aku maintain aje.. Hmm... aku makan banyak sangat ke????  Aku dah kawal makan daripada pagi-nasi, tghari-nasi, malam-nasi ke pagi-roti, tghari-nasi, malam-roti. Azabnya terpaksa tahan makan tahu tak. Dah la aku ni sentiasa lapar aje. Asyik nak mengunyah. Takat makna biskut ke roti ke tak jadi apa kat perut aku. Lapar aje..  Start bulan 11 ni dah banyak jemputan kawen. Lagilah aku banyak makan. Macamane tu ye... *jalan-jalan tengok barang baby buat aku & en suami teruja!!*

Pertambahan Berat Badan

Pagi ni ade antenatal check up. Macam biase en suami sentiasa di sisi temankan aku. Cuma kali ini nombor aku lambat dipanggil. Hampir pukul 9.00 lbh baru sampai giliran aku. Masa ambil bacaan berat badan di penimbang, nurse tak percaya. Aku disuruh ambil bacaan untuk kali ke-2. Nurse maklumkan berat aku naik mendadak. Aku terdiam. Lepas bacaan berat & tekanan darah direkod, aku ke bahagian ambil darah. Kemudian terus ke lab untuk ambil ujian air kencing dan terus menunggu giliran berjumpa nurse. Sewaktu pemeriksaan, nurse maklumkan aku kurang darah dan bacaan berat aku naik mendadak. Tak baik untuk aku dan kandungan. Aku terdiam lagi. Nurse nasihatkan supaya aku berdiet dan kurangkan ambil nasi/rori/mee. Mulai minggu ini aku terpaksa diperiksa dua kali seminggu untuk bacaan tekanan darah. Takut aku bakal menghidap darah tinggi / diabetes. Aku dah susah hati. Bab diet ni yang agak sukar bagi aku. Kene kontrol makan. Haih... tapi tak apelah. Demi baby dalam kandungan, aku harus l

Ulangtahun ke-30

ok red velvet ni memang sedap ok!! en suami malu-malu nak potong kek..hehehe.. juadah makan-makan order by abah... lovely & cute cupcake by kak Edina comel kan... Semalam 13-11-2011 hari ulangtahun en suami yang ke-30. Aku dah tempah kek siap2 dengan akak Edina Cupcake   Lepas kenduri bertunang kawan aku Lya dari Klang aku terus g Bandar Saujana Putera amik cake & balik terus ke Kajang. En suami minta tgk aku x bg..Supprise.. Hehehehe.. Malam abah ajak makan-makan kat rumah sempena menyambut ulang tahun en suami dan kami sekeluarga meraikannya dengan gembira. En suami terharu aku hadiahkan kek yang aku ilhamkan dari kesukaan & hobi en suami. Ade pic moto & racing suit ok!!! Hahahaha.. Thanks again t0 kak Edina. Dikesempatan ini aku nk ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-30 untuk suamiku Norezuwan Noordin. Semoga sentiasa dalam lindungan & rahmat dariNya. Semoga jadi anak/menantu dan suami yang soleh. Semoga apa saja yang abg impikan da

Irresistable Tuesday #2

3 pagi aku terjaga sambil tercungap2.. Aku cuba untuk baring, tapi terasa lemas. Aku duduk sambil cuba untuk bernafas. Namun gagal. Aku menangis dan tangisanku didengari oleh en suami. Dengan cemas en suami cuba menenangkan aku. Di ambil Vicks dan menyapu seluruh badanku. Lega sedikit. Tapi bila aku berbaring kembali aku kembali mencungap2. Dada ku terasa ingin pecah dan terhimpit. Jantungku berdetak laju. Jam bergerak dan menunjukkan pukul 4.00 pagi. Aku cuba kembali melelapkan mata dengan sendu. En suami mengusap2 belakangku menenangkan aku. Akhirnya aku terlelap kepenatan. Aku tersedar azan subuh dan melihat en suami sudah bersiap untuk ke tempat kerja. Pasti dia tak dapat melelapkan mata. Belas suamiku.  Aku bgn juga dan bersiap untuk ke ofis. Aku gagahkan diri. Tiba di ofis aku kembali semput. Ahh sudah.. Jam 11.00 pagi aku sempat hantar pesanan ringkas kepada bos minta balik untuk ke klinik. Aku dh tak tahan tercungap2. aku bernasib baik. Tiba di Poliklinik UKM tak berapa ramai

Survey Hospital/Klinik Bersalin

Update 2017 : Caj Rawatan Hospital Kerajaan: http://www.moh.gov.my/caj rawatan Semalam hari minggu aku dan en suami membuat carian di Google untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej/caj rawatan bersalin di hospital kerajaan. Aku survey maklumat :  Hospital Kajang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.  Kesemua caj rawatan ni di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Caj Rawatan Caj Wad   *Tengah berkira-kira nak bersalin kat Hospital Serdang atau Hospital Kuala Lumpur. Hmm....*

Wordless Wednesday