Kenapa setiap kali hari Jumaat saja semua orang berasa sangat gembira. Tahap kegembiraan yang melampau. Sebab besoknya hari Sabtu. Hari cuti. Hehehe.. Hari ni seawal 7.30pg aku dah terpacak dekat Klinik Kesihatan Jln Semenyih tu. Ambil nombor giliran dan 15 minit tunggu, nombor dipanggil terus cek BP-blood pressure. Alhamdulillah. BP maintain. Lepas tu cek air kencing, pun ok juga. Tak ada keton dlm air kencing. Huhuhu...
So next check up 29/11/2011 (Selasa) minggu depan. Harap masa jumpe doc nanti dan die tgk report selama 2 minggu ni aku dh free. Tak yah kene pantau lg. Risau jugak sebenarnya kalau duduk dlm zon pemantauan. Macam-macam yang aku fikir.. Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan ku.
Weekend aktiviti aku penuh. Malam Sabtu pergi airport. Nak ambil maklong & paklong pulang dari mengerjakan Haji. Mak dah excited nak jumpe kakak dia. Sebab masa maklong berangkat ke tanah suci 44 hari yang lepas kami tak berkesempatan berjumpa dengan maklong & paklong. Sebab panggilan daftar diri dicepatkan. Jadi maklong & paklong masuk awal ke dalam bangunan tabung haji Kelana Jaya. Mak menangis-nangis sepanjang perjalan balik ke rumah sebab tak dapat jumpa kakak dia.
Jadi mak betul-betul teruja nak jumpa kakak dia ok.. Mak..mak..
Hari Ahad pulak aku dan en suami nak ke Perak. Ada jemputan kenduri kahwin kawan tempat kerja dia. Harap peta dalam kad jemputan tu berguna kepada kami nanti. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali. Dah lama tak jalan jauh keluar dari KL ni..
*sedari pagi baby dlm perut dok bergerak-gerak.. melopat ke, menendang ke..menyiku ke.. adik..papa nak bawak mama & adik g jalan-jalan.. yeay!!*
Comments
Post a Comment