Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

raya 2011

Pejam celik pejam celik, InsyaAllah..kita akan meraikan Hari Raya Eidulfitri dalam 8 hari saja lagi iaitu pada Selasa, 30/08/2011. Macam orang lain aku betul-betul semangat nak beraya. Buat pertama kali aku akan beraya sebagai isteri kepada en suami dan lebih membahagiakan aku beraya dengan perut yang semakin membesar dengan sihatnya.  Simtom-simtom mabuk-mabuk masih aku rasa. Doc yang merawat hanya mampu suruh aku bersabar. Ya, untuk kesekian kalinya aku harus bersabar hingga 3 bulan pertama. Mungkin lebih. Aku tak pasti. Bulan puasa yang penuh dugaan dan cabaran terpaksa aku tempuh. Tak tahulah samada raya nanti aku sudah ada selera nak makan atau tak. Kalau blm berselera lagi memang aku dalam kerugian. Wahh!!  Aku dan en suami dah bersetuju giliran beraya kami. Pagi raya aku akan beraya di rumah atok di Semenyih dan sebelah petang kami ke rumah saudara mara abah di Sg Sekamat. Lepas tu baru kami terus bertolak balik ke kampung Sabak Bernam. Ok, yang ni aku memang teruja. Mestilah

Video pilihan

Aku tengok ramai share video ni kat wall facebook masing-masing. Jadi aku pun sibuk la nak tgk jugak. Last-last bercucuran air mata.. Hiba hati ni tengok video kasih seorang ayah kepada anaknya. Nampak simple tapi mendalam maksudnya hingga terkesan di sanubari.. *Walaupun aku ni degil abah tetap sayang aku.. :)*

monday blues

Siapa rasa rajin datang kerja masa hari Isnin? Meh aku salute kat die nam belas kali.. Untuk aku, hari Isnin adalah sama macam hari-hari yang lain. Tambahan pula sekarang aku tengah mabuk kepayang . Pagi-pagi dah muntah kayak memenuhi ruangan sinki yang berkilat.. Wekk!! Dari pagi bawak ke tengah hari sampai laa ke malam aku mengalami loya-loya dan muntah disebabkan perubahan dan pertambahan hormon estrogen dalam badan aku sekarang.. "Estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh ovari yang memainkan peranan yang banyak di seluruh tubuh , tetapi amatberpengaruh , bersama - sama dengan hormon progesteron dalam mengawal kitaran pembiakan " By the way sama-sama kita ucapkan tahniah kepada rakan blogger kita my everyday diary   congratulations on the birth of her first child ~ Baby Mizan Armany Bin Marindany ~ *Isnin dapat MC.. doc bg ubat tahan muntah, ubat gastrik dan ubat pening.. Selasa??..*

Khamis Malam Jumaat

Macam biasa Khamis malam adalah aktiviti bacaan Yaasin. Selalunyalah kan. Malam lain pun boleh juga. Untung dpt anak yg soleh dan solehah..Ye tak.. Bukan malam aktiviti suami isteri saja ye. Lagi-lagi bulan Ramadan ni. Nak banyakkan amalan yang tak seberapa tu.. Sementara tu boleh sedeqahkan kepada saudara-mara yang sudah tiada. Minggu ni terasa cepat lambat masa berlalu kan..Siapa perasan?? Jalan Tun Razak..otw blk dari sentul Kalau waktu nak senja atau malam pemandangan kat sini cantik sangat...

Puasa

Hari ke-4 umat Islam berpuasa. Aku sudah baik daripada demam cuma tinggal lagi perut yang sentiasa keras berangin. Doktor kate itu biasa untuk ibu hamil. Sabtu ni aku nak jumpe doktor. (Sepatutnya next scan Sabtu depan) Tapi terpaksa pergi minggu ini sebab doktor nasihat better refer ke hospital. Ape hospital? Tobat laa nakkalau kene masuk air lagi.. Aku sanggup minum air bergelen dari kene cucuk. Sakitnya cucuk mase operate lepas masih lagi terasa-rasa. Inilah Ramadan yang paling mencabar bagi aku. Makan tak tentu hala. Teringin sup ikan. Dah mak masakkan aku hirup 2-3 sudu. Lepas tu perut buat hal. Muntah balik. Suruh mak masak mee goreng, aku bantai sepinggan, lepas tu muntah balik. Teringin nak makan macam-macam, tapi bila ada depan mata, pandang sipi-sipi aje..  *Ya Allah, kuatkanlah semangatku..Tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaan dariMu... Sesungguhnya, Engkaulah Maha Pengasih & Penyayang.. Maha Mengetahui Segalanya.. *