Skip to main content

raya 2011


Pejam celik pejam celik, InsyaAllah..kita akan meraikan Hari Raya Eidulfitri dalam 8 hari saja lagi iaitu pada Selasa, 30/08/2011. Macam orang lain aku betul-betul semangat nak beraya. Buat pertama kali aku akan beraya sebagai isteri kepada en suami dan lebih membahagiakan aku beraya dengan perut yang semakin membesar dengan sihatnya. 

Simtom-simtom mabuk-mabuk masih aku rasa. Doc yang merawat hanya mampu suruh aku bersabar. Ya, untuk kesekian kalinya aku harus bersabar hingga 3 bulan pertama. Mungkin lebih. Aku tak pasti. Bulan puasa yang penuh dugaan dan cabaran terpaksa aku tempuh. Tak tahulah samada raya nanti aku sudah ada selera nak makan atau tak. Kalau blm berselera lagi memang aku dalam kerugian. Wahh!! 

Aku dan en suami dah bersetuju giliran beraya kami. Pagi raya aku akan beraya di rumah atok di Semenyih dan sebelah petang kami ke rumah saudara mara abah di Sg Sekamat. Lepas tu baru kami terus bertolak balik ke kampung Sabak Bernam. Ok, yang ni aku memang teruja. Mestilah. Untuk pertama kalinya aku akan balik beraya ke kampung. (balik rumah atok hanya ambil masa 20 minit saja ok..)

Segala keperluan aku dah mula susun. Tinggal masuk dalam beg saja. Over excited. I know...

Jadi mood beraya dah datang. Seminggu ke ofis hanyalah satu tuntutan. Masuk ofis terus layan lagu raya. Hahahaa... pekerja yang kejam... 

Tak tahu bila aku dapat online lagi memandangkan mcm dah terasa nak sibuk mengemas untuk satu perjalanan yang jauh. So layankan ajelah ucapan raya aku ni..seminggu in advance.. 

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri 2011. 
Semoga lebaran kali ini memberi seribu satu makna dalam hidup kita..



Comments

  1. alala..best nye org tu kan :)
    taun nie bkn takat raya brdua..
    siap br3..tp si tecik tu x kuar lg la..hehehe..
    iman pun nak wish in advance..
    selamat hari raya aidilfitri..
    maaf andai iman & irwan ada slh slp ngn yus & zuwan eks..moge raya nie m'beri sribu kenangan manis wat kt..insyaAllah..tcare tau ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Eidulfitri..Hehehe..same2.. aku kn slalu marah ko.. ehh mmg laa sbb ko slalu wat aku marah.. hahaha... btw hope perancangan korang berdua berjalan dengan lancar.. nnt leh same2 saing ngan aku.. Hehehe.. raya nnt jemput dtg umah.. bawak buah tgn skali ye.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. uiks..mn de iman slalu wat hang mrh..
    hang tu jer yg suke sgt nak mrh..hehehe..
    x bape nak saing sgt la..korang nak msuk 3..
    ktorg br nak br2..lalala..
    amboi..siap buah tgn eks??insyaAllah :)
    jemput dtg umah jgak eks..doakan hub ktorg ^_^

    ReplyDelete
  4. Hi dear,, selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir batin ye.
    Bestnya rang tu beraya berdua.. ;)

    ReplyDelete
  5. Hai kak zu.. selamat hari raya jugak tuk akak sekeluarga.. Bukan berdua dh.. bertiga ni.. hihihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...