Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Demam lagi..

 Malam tadi jam 4 pagi terjaga dari tidur, cik Putri merengek. Aku rasa badannya panas. Segera en suami bangun, basahkan kain dan sapu seluruh badan. Tengah dia merengek-rengek sempat lagi buang bahan buangan. Haishh.. dari semalam masuk pagi ni dah 6 kali dia cirit-birit.. aduhh sayang..risau mama & papa.. -__- Bangun pagi siap-siap terus ke klinik Al Ikhwan Taman Dato Senu. Dr berikan ubat cirit birit dan suruh tukar susu tanpa lactose buat sementara waktu. Kene cari susu lain selain susu SNOW dia.. doc bagi cuma 3 paket saja. Tak cukup untuk sehari... Lepas ke klinik, balik ke rumah bagi ubat dan terus keluar cari barang sikit die wangsa Walk.. Mengidam sejak cik Putri dalam kandungan lagi, aku call seorang kawan dan tanyakan lokasi. Akhirnya jumpa kedai makan yang dicari. Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang area Wangsa Walk KL. Perut tengah lapar, sedap je kat tekak aku. Cuma kuah Mee aku cair sikit dari kuah Mee en suami.. Tapi tak kisah..janji udang die besar dan puas

Sepetang di Titiwangsa

Masa untuk family!!       *weekend yg penuh gembira..*       

KWC & Full House

Semalam cuti umum sempena Hari Malaysia. Jadi aku dan akak sepupu berwindow shopping di kenangacity - KWC . Hoh!! Rambang mata hokey!! Park kat tingkap 9 dan turun..dan turun..dan turun.. untuk window shopping setiap tingkat.. huhuhu.. Macam-macam ada.. syurga pakaian.. Lepas puas sakit kaki dan sakit pinggang kitorang isi perut di Full House Cheras.. Full House.. Shomel kan.. Semua sedap except sos sunquick tu.. Masam!! Akak sepupu aku pilih..sedap gak la ikan dori ni.. Potato sup.. aku belasah akak sepupu aku punya.. hihihi.. sedap gak.. Ice Lemon Tea.. Dragon Fruit tapi rasa berry je.. aku dah sampai sini.. ade bisnes nak buat nih.. hihihi...  

Sabtu & Ahad - Makan saja

  Dari Sabtu bawa ke Ahad penuh aktiviti memenuhkan perut.. Alhamdulillah..rezeki... Sabtu open house rumah akak sepupu di Sg. Sekamat. Lepas tu open house kawan en suami di Sijangkang. Balinya tu singgah Sentul. Mama mentua ajak beraya ke rumah sepupu en suami di Taman Equine Seri Kembangan.   Ahad ke kenduri kahwin anak bos. Meriah jumpa semua supplier opis!! Huhuhu... Makan sedap weh.. Ok Naik kerja Selasa harus semangat!! Hahaha!!   Kemudian terus ke open house blogger memoriesintuition- Puan Nurrul Iman di Puncak Jalil.. 15 kali U-turn nak cari rumah bakal ibu ni.... Haih!! Last jumpa masa dia ziarah aku & cik Putri waktu berpantang dulu. Bila jumpa gelak sakan la jawabnya.. Hihihi.. Aku terdatang awal, jadi tak sempat nak jumpa sorang lagi kawan sekolah. Norshiela. Dedua tgh tunggu due nak bersalin. Aku plak yang nervous.. Teringat waktu tunggu hari lima bulan yang lepas. Macam-mcam perasaan ada.. sabar ye Iman.. Aku doakan semuanya dipermudahkan olehNya.. Amin.

M y W e e k e n d

  Syukur Alhamdulillah.. Allah masih diberikan kesempatan bernafas untuk kali ke 27 tahun. Memberikan segala nikmat untuk aku rasainya hingga ke hari ini. Menjadi anak, isteri dan ibu kepada orang-orang yang aku sayangi.   chocolate indulgance.. nyum..nyum.. birthday girl... hihii...     Along dan kaklong (kakak ipar) ada buat open house kat rumah dia sempena dia dapat beli rumah tu dari owner dia yang kedekut tu. Syukur..ada juga rumah sebagai harta. Buat open house sekali sambut ulang tahun Maryam Husna yang ke-2. Jadi aku ni tumpang dedua kaki la sambut ulang tahun bersama.. hihihi...   Aku belanja kek dan air koktel aje. Yang lain kaklong sediakan. Menu Nasi Hujan panas lauk ayam masak merah. Terbaik kaw-kaw punye. Rresepi orang Terengganu. Fuhh!! Menu lain Nasi Himpit dengan kuah kacang. Mee Hoon Singapore (mak masak). Konyang.. rasa nak repeat makan lagi je tapi kene balik Sentul. Nak beraya ke rumah akak sepupu en suami di Puchong. Nak ambil mama mentua

I t 's F r i d a y !!!

Syukur alhamdulillah, anak mama dah sembuh dari demam.. tapi lepas baik demam dok merengek plak.. Tak nak terletak. Susah ummi (kakak ipar yang jaga cik Putri) nak jaga dia. Nak berdukung saja.. Nak orang duduk depan dia. Haih...   saya dah baik demam.. ^__^  Sampai di ofis aku tengok akak sepupu aku sibuk punggah tupperware dan makanan dari dalam kereta masuk ke ofis. Bila aku masuk tengok dia dah arrange birthday party untuk aku. Bertambah teruja bila teman-teman di ofis menyanyikan lagu Happy Birthday untuk aku (baru anak satu..masih terasa remaja ok..) dan versi Indonesia dari Amad.. Huhuhu... Terima kasih semua.. dan untuk DieyaDZ akak sepupu aku yang sudi wat surprise birthday party ni, thanks a million beb.. love u so much laa!! (2 tahun kerja kat sini tak pernah sambut kat opis pun..hahaha..) Besok kak long nak buat birthday party untuk Husna. Jadi aku tumpang sekaki nak sambut.. hehe... birthday girl.. Oppss!! besok en suami dah janji nak bawak dinner di

Irresistable Tuesday

OK!! 15 kali aku tukar post title.. Hauargghh!! Khamis pagi dapat berita gumbira. My new toy dah boleh ambil di Perodua. Senyum sampai ke telinga. Terima kasih sayang.. (en husband hadiahkan in advance sempena ulangtahun kelahiranku September nanti) my new WXG...tapi WPP tetap di hati.. Jumaat lepas bergegas balik ke rumah atok. Ateh call mak bagitahu atok semput. Sesak nafas. Mak dah sedih. Susah hati. Siap-siap kami terus balik rumah atok.Sampai-sampai makcik-makcik aku tengah urut atok. Turun naik dada keringnya menarik nafas. Aku rasa kaki atok sejuk. Masing-masing bergenang air mata. Mak dan makcik berganti-ganti mengurut atok. Sesedut dua gas dan segelas susu suam akhirnya lena atok terlelap. Masing-masing mengurut dada. Risau... Cik Putri dah mengamuk kepanasan, kami terpaksa balik dahulu. Kemudian nak ke rumah en boss. Dia buat doa selamat untuk anak dia yang akan melangsungkan perkahwinan pada 16 Sept nanti. Dia jemput semua staff skali nak meraikan rumah ba