Skip to main content

I t 's F r i d a y !!!


Syukur alhamdulillah, anak mama dah sembuh dari demam.. tapi lepas baik demam dok merengek plak.. Tak nak terletak. Susah ummi (kakak ipar yang jaga cik Putri) nak jaga dia. Nak berdukung saja.. Nak orang duduk depan dia. Haih...
 
saya dah baik demam.. ^__^

 Sampai di ofis aku tengok akak sepupu aku sibuk punggah tupperware dan makanan dari dalam kereta masuk ke ofis. Bila aku masuk tengok dia dah arrange birthday party untuk aku. Bertambah teruja bila teman-teman di ofis menyanyikan lagu Happy Birthday untuk aku (baru anak satu..masih terasa remaja ok..) dan versi Indonesia dari Amad.. Huhuhu... Terima kasih semua.. dan untuk DieyaDZ akak sepupu aku yang sudi wat surprise birthday party ni, thanks a million beb.. love u so much laa!! (2 tahun kerja kat sini tak pernah sambut kat opis pun..hahaha..) Besok kak long nak buat birthday party untuk Husna. Jadi aku tumpang sekaki nak sambut.. hehe...

birthday girl.. Oppss!!

besok en suami dah janji nak bawak dinner di Full House.. dari masa mengandung cik Putri dulu asyik tak berkesempatan aja.. ;)


Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~