Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Ambil perhatian!!

Ada sesiapa alami symptom-symptom seperti ini?? Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil. -Darah keluar bersama-sama air kencing. -Perubahan pada kekerapan membuang air kecil. -Sakit belakang. -Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam. -Bengkak pada pergelangan kaki. -Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi . -Kencing Kotor Ambil peringatan!! Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah

yeay!! besok cuti

Kejayaan pasukan harimau muda membawa balik Piala Suzuki AFF sekaligus Malaysia dapat Cuti Umum .. Yeay!! Jumaat cuti.. Sabtu cuti.. Ahad memang cuti... Rezeki di akhir tahun..amin... *Nak ajak mak g IKEA   la..nak survey2 barang*

my new hot stuff!!

Yesterday just met a friend from Facebook / blog . Listen to lectures and just buy some hot stuff for my wedding day . hahaha ! S o excited ok!!  Nanti update lg.. nak wat keje sikit.. btw sangat lapar..ape mak masak ye hari ini?? Sangat teruja balik keje terus buka tudung saji.. Mak masak memang sedap!!  *Aku masak x sedap sangat..En.tunang jangan risau ye, nanti saye b elajar masak dengan mak awak ye syg.. sabar taw...(bakal mak mentua saya adalah pakar memasak, masakannya sangat sedap!!)*

cerita cinta!!

Tajuk Cerita: Klai Klaii Hua Jai Diew Gun Negara:  Thailand  Lakonan: Budapest Ditayangkan : Tahun 2003 (oleh Astro) Bertahun aku cari drama Thailand ni. Akhirnya aku jumpa juga atas bantuan seorang sahabat di Forum Thailand. (Ikhtiar terakhir konon minta tolong dari orang Thailand sendiri...Tp sahabat yang menolong aku tu dari Malaysia!! di Forum Paknam ) Time kasi daun keladi kepada ajart..

HIV Test

Credit pic from Google Semalam lepas g servis kereta, aku ade appointment dengan pakwe Klinik Kesihatan Kajang di Jalan Semenyih. Temujanji untuk Ujian Saringan HIV. Salah satu prosedur untuk pasangan yang akan berkahwin. Lepas daftar, isi borang dan tunggu giliran. (Walaupun aku orang pertama yang wat appointment - berdasarkan catatan pegawai masa buat pendaftaran no. giliran, aku dapat no. giliran 5050. Sebab aku datang lambat kot..) Ujian dijalankan bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. (Dalam hati aku risau, sempat ke..ramai orang pulak hari ini.. )  Bila jam dah  pukul 3.00 petang, pegawai perubatan tu keluar dari bilik rawatan dan announce, sape-sape yang nak kawin dan kene amik ujian saringan HIV, sila bagi borang pada dia. Arghh..lega aku. Cepat sikit prosesnya. Rupanya tak sampai 10 orang pun, tapi disebabkan no. giliran bercampur dengan no. giliran pesakit yang nak dapatkan rawatan di klinik tu, jadi panggilan untuk no. giliran bagi ujian saringan HIV jadi lamba

suratan atau kebetulan

waaaa!!!!!!!!! ni mmg nk sabotaj aku ke ape?? Pukul 8.00 pagi aku dah terpacak dekat Perodua Bandar Teknologi. Pukul 12.30 siap full servis lepas melepek selama 4 jam setengah, akhirnya aku  boleh pulang ke ganggang rumah.. Huh!! Dapat resit aku terus lipat simpan kat dalam handbag. Abah tegur, taknak tgk dulu ke resit tu. Bila aku bukak balik, buntang biji mate aku.. What!! Laicy???!! Kejam2!! pantang nampak camera!! my ebony...

saman oh saman

akhirnya aku dapat gak bayar saman yang tertunggak.. huhuhu..lega!! *Aku orang terakhir bayar saman pada hari ini sebelum kaunter trafik tutup pukul 4.30 ptg*

Jazwina & Firdaus

pidot & jaz Pancaran Kebahagiaan Bride & Bride 2 be... muahahaha,,, alya, kak ayu (mia & waffiy), nawwar & aku.. batu pahat jumpe muar kat kapar klang

teacher...

Semalam ade sorang supplier datang office, die dok pandang aku aje.. Skali dia tanya, "Dulu awak ni cikgu ye.." sambil tersenyum.  Aku terkedu. Lambat aku jawab, " Ye..kenapa, pernah jumpa saya ke?". Dia cakap " macam pernah nampak laa muka awak ni mengajar tp xtahu di mana..lagipun muka awak ni memang nampak macam seorang cikgu... "  Aku hanya tersenyum saja. Haih...ade je orang tahu dulu aku pernah jadi seorang cikgu.. Muke aku ni kategori ape ye?? teacher ni comel laa!! rindu nak dengar anak-anak murid bermanja...

design by laily!!

sape-sape yang nak design kasut sendiri, boleh la join website nih.. shoesofprey best woo... nk order kasut pun boleh.. 230USD je.. huhuhuhu... *aku suke design2 ni, ilang sakit aku kejap..*

suntikan

Semalam aku ke klinik. Ingatkan lepas maghrib x ramai laa orang, skali aku dapat nombor aku orang yang ke-18.. waa!!....sangat kejam!! tp demi untuk kesakitan yang aku tanggung ni, aku tabahkan hati untuk terus menunggu.. (padahal dah nk menangis...)  Akhirnya aku masuk jugak ke dalam bilik doc selepas 1 jam setengah menunggu di luar. Aku adukan kepada doc permasalahan aku dan doc sangat terkejut kerana dia tahu setiap bulan aku akan ambil suntikan di kliniknya. (Doc yang suntik aku 2 minggu lepas bukanlah doc yang aku jumpa mlm td) Doc pesan jangan taruk apa-apa dekat tempat bekas suntikan daln minta aku datang untuk rawatan susulan minggu hadapan. Aku dibekalkan dengan antibiotik, ubat penahan sakit dan ubat bengkak. Ni gambar arkib 2009. Sewaktu aku mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.  (Waktu pagi sebelum masuk ke dewan bedah) tiub sambungan jarum suntikan yang tembus urat (tembus kat dalam ye xnmpk dari luar)

sensitif

Adakah aku terlalu sensitif?? Entah kenapa, sekarang ni aku terlalu cepat terasa..padahal halnya tak ada apa-apa sangat.. haih... cuma bila aku terasa aku akan terus menangis.. menangis macam ape ntah... tp itulah yg aku rasa.. sayu sangat... ati ni sebak aje... mungkin susah orang nk faham perangai aku.. tp itula hakikatnya menjadi seorang seperti aku.. aku yg sensitif, aku yang suka menangis, aku yang cepat sayu.. aku yang cepat merajuk.. erti kata lain hati aku cepat terusik..terlalu tipis seperti kulit dim sum.. Entry kali ni tak ada kene mengena dengan sesiapa, tp aku tau ramai yang makan cili api..kan..kan.. *dulu aku bukanlah seperti ini...*

yang mana satu...

Ok, kali ni aku mmg fail... aku suke semua benda dan last skali aku xtaw nak pilih yang mana satu... sbb bg aku semua pun sedap, cantik, best, menarik dan buat aku tertarik... Untuk hantaran iringan kali ni aku nak hantar satu set perfume.. dan aku pun akan dapat perfume jugak.. (baru fair & lovely rite....hihihihi...) Aku berkenan kat perfume2 yang ada kat Sogo tu... tp x taw nak pilih yang mana. Sbb aku rasa semua pun best!! xtahu nape, tp susah nak bau kat sana... mungkin aku yang x selesa kat tempat-tempat macam tu... Antaranya pilihan kalbu adalah dari The Body Shop :- Perfume Dreams Perfume Japanese Cherry Blossom Perfume Morocon Rose   sume pun macam best... waaaaaaaa!!!!! *ade sapa-sapa tak nak suggest kat aku barang baik punya...*

curiga!!

telefon ofis berdering..bila diangkat tiba-tiba.... " you have an outstanding of RM 8377.00 and please make payment prior to avoid problems.... press 0 to speak with our customer service officer or 9 to repeat.."  aik... x kenalkan  diri x ada ape-apa, tiba-tiba bgtaw ade outstanding.. gilo apo... bila aku tekan 0, ade sorg lelaki angkat dan aku tanya... " ni daripada mana ya?" ... dia cakap.. " Ya, Eon Bank, boleh saya bantu..."... .. Hoh!! apehal plak Eon bank telefon ofis dan tiba-tiba cakap ade outstanding.. Outstanding pasal apa..  Dia cakap... " biar saya cekkan untuk cik, sila bg nama dan no. ic..."... Aku terus letak telefon.... 1. Loan kereta aku mmg dari Eon Bank, tp dorg tak tau no. telefon company tempat aku bekerja ni sbb aku dh 5 kali tukar tempat kerja, diorg hanya tahu no. telefon company lama aku yang 1 st.. dan paling aku yakin AKU TAK ADA OUTSTANDING.. bayar bulan-bulan X PERNAH GAGAL!! 2. ofis aku la

i love pink!!

inilah kaler pink..  sangat teruja!! my pink world aku rase hidup aku ceria bila semua warna pink!! jadi aku decided aku nk betukar dan kekal pada warna pink!! yeah!! auww... sweet like candy!!

cuba bunyikan..

m.u.d p.i.e... & b.e.r.r.i.e.s... berlainan ejaan apatah lgi sebutan ... jadi salah aku ke kalau aku marah bila orang salah ambil order aku?? dah lah tak minta maaf, lepas tu buat muke mintak tampar.. haih...sabar aje la... tp aku tetap x puas hati...sebab kalau bab makanan, aku boleh meroyan bila apa yang aku nak tak dapat.. taw x!!  menci!! menci!! aku hanya mampu pendam perasaan aje, sbb kalau x aku boleh campak mc flurry mudpie tu kat muke casher mc d perima saujana tu... tanpa makan apa2, lepas tunggu ecah abih makan aku ajak balik.. xde mo0d!! *act aku nak tunggu dia kata "saya gantikan dgn mc flurry berries.."*

masih belajar

masih lagi menggodam menggodek blog2 yg ade tutorial... mari kita belajar sama2...

ape kate survey??

musim survey2 makin hangat di pasaran tempatan... huhuhu..jalan sane berkenan..jalan sini berkenan..sume mende pun aku suke.. haih, pokai en.tunang melayan kerenah aku yg comel ni... hihihi... so far sume 50% dah cari..  tinggal barang2 makan aje laa yang nk di usha2.. (nampak biase tp aku nk lain dr yg lain..xkanla asyik2 Ferraro Roche aje....kn..kn..) adelaa satu dua aku berkenan.. lg2 kalo tgk blog cik Zu die punye entry Candy Buffet nampak s0 menarik ok!! so yummy!! x sabar nak tunggu promosi terbaru dr cik zu!! *bab cite2 pasal makan2 ni selalu aje wat aku lapar.. walaupun tgk pada gambar saja.. haih... *

kenapa??

Kenapa??  Perlu ke suami ade perempuan lain? perlu ke isteri ade lelaki lain? perlu ke tunang ade orang goda? perlu ke pakwe ade orang rampas? Kenapa semua ini terjadi?? Satu aje..kalo bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi... Sinis saja bunyinya kan... tapi itulah kenyataan yang mungkin berada di sekeliling kita tanpa kita sedari. Secara logiknya perumpamaan "bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi" itu memang amat benar. "Masakan pokok bergoyang kalau tak ditiup angin" Lain lah kalau ade orang goncang pokok tu ok!! Berbalik pada peribahasa tepuk amai-amai bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi tu, aku nak jelaskan kat sini bahawa aku tak menyokong penuh langsung perbuatan tersebut. Yang pihak menggoda dh tentu salah, sbb menggangu-gugat hak terpelihara orang lain, yang pihak sedia digoda pegi melayan sape suruh??!! Ni yang tiba-tiba nk jadi encik musang berapi ni... Wahai lelaki-perempuan diluar sana, tolonglah jadi seorang yang bermaruah. Daripada

@ village view bangi

ketam aysha & nasha dinner malam ini saye bersama hidangan (All pics credit to Noraishah Nordin) Malam ni kitorg dinner kat Village View Bangi. Order Ketam goreng pedas, Sotong & Udang goreng tepung, Tomyam campur, Sup Ayam, Kangkung goreng belacan, Satey Ayam & Daging.. Pelik,  hidangan ni ade atas meja x sampai setengah jam aje..tinggal pinggan yg dah licin terkontang kanting.... haishh!! kaki melantak rupenye... hahaha!! *bak kate nasha & aysha, aku tido lena mlm ni dpt ketam secukup sedap*

musim cinta

Penyanyi: Dakmie Tajuk Lirik Lagu: Yang Terindah (OST. Adamaya) Semenjak kau hadir dalam hidupku Tiada lagi keresahan Kau mengetuk pintu hatiku Tanpa sedar hingga ku izinkan Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah Maaf jika ku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejujuran Mencintai dirimu Merindui dirimu Memiliki dirimu Hingga akhir hayat bersama kamu Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah Kau yang bernama cinta Hingga aku rasa indah [ Yang Terindah (OST. Adamaya) lyric found on www.lirik.my   *sambil dgr lagu sambil senyum2..*

mentarang

crdt pic from Google Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang ( Kerang-kerangan ) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut. Al kisahnya aku ngan team aku di tugaskan wat keje luar area Banting. (akhir tahun 2009) Nak wat banci perumahan yang akan dibangunkan.. HUC .. (aku, kak izan, ody & lya) Selesai wat banci (lepas waktu kerja ye!!) Kitorg lepak Pantai Kelanang. Malamnya makan kat kedai Tom Yam (nama kedai x ingt). Aku tgk dlm menu order die ada nama 'mentarang'. Bagi aku yang suke makan benda2 pelik, aku terus order. Yang lain wat muke xpuas hati.. hahaah!! Dalam tomyam die taruk 'mentarang' tu. Mula2 makan ok laa, lame2 ade rase weird skit.. mungkin aku x biasa. Tp at least aku leh cakap yang aku dah rase o