Skip to main content

HIV Test

Credit pic from Google

Semalam lepas g servis kereta, aku ade appointment dengan pakwe Klinik Kesihatan Kajang di Jalan Semenyih. Temujanji untuk Ujian Saringan HIV. Salah satu prosedur untuk pasangan yang akan berkahwin. Lepas daftar, isi borang dan tunggu giliran. (Walaupun aku orang pertama yang wat appointment - berdasarkan catatan pegawai masa buat pendaftaran no. giliran, aku dapat no. giliran 5050. Sebab aku datang lambat kot..) Ujian dijalankan bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. (Dalam hati aku risau, sempat ke..ramai orang pulak hari ini.. ) 

Bila jam dah  pukul 3.00 petang, pegawai perubatan tu keluar dari bilik rawatan dan announce, sape-sape yang nak kawin dan kene amik ujian saringan HIV, sila bagi borang pada dia. Arghh..lega aku. Cepat sikit prosesnya. Rupanya tak sampai 10 orang pun, tapi disebabkan no. giliran bercampur dengan no. giliran pesakit yang nak dapatkan rawatan di klinik tu, jadi panggilan untuk no. giliran bagi ujian saringan HIV jadi lambat. Lima minit nama aku dipanggil masuk. Mula-mula ingatkan dia nak terus cucuk aje tangan aku, rupanya ade sesi kaunseling dan uji minda (lima minit saja). Lepas tu baru sesi cucuk & amik darah. Sakit wooo!! Even cucuk aje kat jari telunjuk je, tapi aku rasa jari aku kebas macam kene ketuk dengan hammer.. Adoiii... Menitik-nitik darah. Nak ambil setitis aje kot...

Lepas tu kene tunggu kat luar balik dan dengan penuh kesabaran di jiwa aku tetap control ayu walaupun lapar dan sakit perut akibat serangan hendap gastrik sebab nak  dapatkan keputusan ujian tersebut. Lima belas minit dia panggil nama, bagi borang yang aku isi tadi dan suruh balik. Dah siap katenye.. Hoh, macam tu aje. Hmm..lega dah selesai satu kerja. Yea!!

*En. Tunang nye appointment ujian saringan HIV : 04/01/2011..lamenye nak tunggu...*


Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...