Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souveni

Ody|Xery|28.05.2011

 Semalam, Jumaat 27.05.11 ody & xery selamat diijab qabulkan. Akhirnya, bertahun menyulam sayang, mereka bersatu dengan ikatan suci murni.. Hari ini, majlis perkahwinan diadakan di Kg. Delek Klang. Teruja sejak pg, aku bersemangat nak hadir ke kenduri Ody & Xery. Can't wait 2 see the bride & the gro0m!!     bergambar sebelum berarak.. pengantin lama dan baru.. makan beradab sopan..hehehe.. acara memotong kek.. ex unit harga yg slumber.. we again.. mcm biase..aku ade di mana-mana.. ^__^ V *sehingga hari ini, aku masih dalam mo0d org kawen.. >_< V.. heheh...*

Tabahlah..

Petang pukul 4-30ptg dpt msg dari akak sepupu. Anak buah eksiden di Putrajaya. Katanya dh kritikal. 50-50. Oh tuhan... aku terus telefon abah dekat rumah. Suruh siap-siap. Aku mintak kelepasan awal daripada en. bos. Nak pg melawat ke hospital. Sampai rumah terus siap-siapkan bekal en.suami dan terus bersiap untuk ke hospital. Aku pg dgn mak, abah dan sorg anak buah aku.  Sepanjang perjalan ke Hospital Putrajaya semua orang membisu. Masing-masing kaku. Tiba di sana kami terus ke Wad ICU. Bertembung dengan family makcik (adik abah). Mereka kelihatan amat sedih. Pasti musibah yang teruk menimpa anak buah aku tu.  Kami terus ke Tingkat 1. Ibu pada anak buah aku, Amir Hamzah Bin Mazlan, (akak sepupu) aku lihat menangis sedu di sudut dinding. Sedu aku rasakan. Anak yang disayangi ditimpa kemalangan. (Kemalangan motor-jatuh sendiri dan tercampak ke besi pembahagi jalan. Besi pantulan telah mengoyakkan kepala (bhgn belakang) dan berkemungkinan retak tengkorak kepala. Abah & mak masuk ber

Kenduri hujung minggu

Sabtu lepas aku join rombongan kawen adik sepupu aku. Minggu lepas kenduri sebelah perempuan. Minggu ni sebelah lelaki pulak. Pagi-pagi kitorang sarapan kat rumah makcik. Lepas tu bertolak ke Kompleks Sukan Kelana Jaya. Tepat jam 12.00 tghari kitorg sampai dan ditempatkan ke dewan sementara. Macam biasa encik suami snap laa sana sini.. menunggu sementara nak berarak akak & abg sepupu aku muke gembire gile.. suke korang ye dok meja pengantin..  bergambar kenangan dengan makcik-makcik penuh pentas.. macam biasa gambar aku mesti ada di mana-mana.. hehehe.. *Lepas kenduri terus balik Sentul*

Yang Terindah...

Semenjak kau hadir dalam hidupku Tiada lagi keresahan Kau mengetuk pintu hatiku Tanpa sedar hingga ku izinkan Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah Maaf jika ku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejujuran Mencintai dirimu Merindui dirimu Memiliki dirimu Hingga akhir hayat bersama kamu Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah Kau yang bernama cinta Hingga aku rasa indah   *pagi ni terasa rindu yang amat sangat dengan encik suami... *

Aktiviti cuti umum

Pagi-pagi encik suami dh kejut. Siap cepat, nak g jalan-jalan tak? Aku terus melompat bgn dari katil. Siap-siap mandi, kol 9.30 pagi terus gerak ke The Mines Serdang. Encik suami ajak tgk muvie. Ade dua pilihan. Nak tgk Kongsi ke nak tgk Fast 5?? Die pesan, cite antu x masuk senarai. (Sbb tak larat nk dgr aku jerit2 dlm wayang katenye.. Ceh!!) Aku terus pilih Fast 5. Sambil tnggu nk masuk, kitorg brekpes Okinomiyaki kat Japan Stall kat LG. Lame dah x pekene makanan Jepun. Encik suami ikutkan aje selera aku. Hehehe... Sampai time, kitorg masuk tgk muvie. Fuhh!! Ohsem gilak!! Aku sgt2 teruja ngan abg ketak.. Hehehe... Co0L bebeh..  Jalan cerita die mmg best.. x sempat aku nak mengelamun.. Ade suspen, ade kelakar, ade tacing2 skit.. Best2..aku suke... Layankan sekejap trailer die.. Fast 5 Abeh nonton, kitorg lunch kat Tenpayaki kat dlm food court. 1st time nih. Encik suami amik set chicken tenpayaki & aku amik salmon & bento set. Sume sedap kecuali nasi die yg boring. So fa

Biha | Aidil | 14.05.2011

Dari hari Jummat malam kami berkampung. Membuat persiapan terakhir untuk majlis pernikahan adik sepupu aku di Bandar Baru Bangi. Dah berkampung kat rumah mak lang aku ape lg.. Gosip sane sini laa mcm bertih jagung pun mulut masing-masing.. Hahaha!! Bilik settle.. pelamin mini settle.. hantaran settle.. ok, sume pun settle.. Tunggu majlis besoknya. Mlm td0 lewat, bsk bgn pg mata masing-masing mcm bola golf.. hihihi... Last touch up... Kalau dh bergosip riuh... me & en suami.. Sweet kan..kan.. Cousins.. The gro0m & the bride.. Selesai majlis pukul 12.00 lebih. Majlis berjalan dengan lancar. Kini nabiha sah bergelar isteri kepada aidil.. Kak Ly & Zuwan doakan semoga korang berbahagia hingan ke akhir hayat... amin~ Lepas makan-makan maklang buat short briefing utk petugas-petugas bidan terjun untuk majlis resepsi pada Ahad di Grand Ballroom Hotel Equatoial Bangi. Macam biasa, aku dan akak sepupu kene jadi orang paling depan.. ape lg.. jadi penyambut tetamu

Kebenaran itu pahit

Kerajinan membaca beberapa blog telah menjadi habitat habit dlm kehidupan seharian aku.. Rajin juga tgn aku nk klik klik blog org tanpa meninggalkan khabar..  (sbb suke jd silent reader aje..) Ade beberapa blog panas yang aku singgah.  Dh lama aku nk kisahkan (sbg peringatan diri sendiri aje..) tapi br hari ni aku rasa nk menaip (tgh rajin lepas menghayati oat suam..) Dlm blog brader tu mmg terpampang kebenarannya. Tapi aku tak tahu kenapa org susah nk terima pakai fakta yang ditaip olehnya. Aku yang bekerja sebagai penampal resit claim ni pun dpt tangkap maksud yang brader tu sampaikan dan bukan calang-calang orang yang memberikan fakta yang sahih. Tapi mereka yang buta hati tak nampak bukti di depan mata. Mmg hak masing-masing nak buat apa dalam hidup mereka. Tapi sebagai manusia, sesekali fikirlah untuk diri sendiri dan orang lain. Untuk dapatkan apa yang diimpikan, perlukah seseorang itu menghina kedudukan seseorang. Kau keje besar, duit byk dan aku sbg penampal resit claim. Di

makan malam yang simple..

Malam hari Jummat lepas nak balik Sentul.. Singgah Batu Caves jumpe kawan encik suami. Die beli barang motor. Lepas tu terus ke Ampang. TTS dengan dak2 Belang. Pukul 1 baru sampai Sentul. Malam Sabtu encik suami ajak makan kat luar. Die tgk aku dah sihat sikit, die ajak la amik angin malam. Hehehe.. Hajat nak makan kat Kg, Baru, tapi mak aii.. kereta berderet2.. Langsung tak boleh masuk area kedai makan yang kitorang nak pegi tu. Patah balik ke Sentul. Lepas roundabout Jalan Pahang sebelah MC D nampak signboard Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Aku pandang encik suami, terus die belok masuk parking kat stesen minyak sebelah restoran tu. Hehehe... Maseh encik suami. Hidangan Udang Bakar RM 38-00 (ikut gram) & Ikan Cencaru Bakar RM10-00 (ikut gram) Lepas operate muke aku nmpk bolat!!  Sabtu & Ahad macam biasa aktiviti encik suami...     motor track  *Alhamdulillah, luka sudah semakin sembuh.. terima kasih atas doa rakan-rakan dan penjagaan rapi daripada enc