Skip to main content

Kebenaran itu pahit


Kerajinan membaca beberapa blog telah menjadi habitat habit dlm kehidupan seharian aku.. Rajin juga tgn aku nk klik klik blog org tanpa meninggalkan khabar.. 
(sbb suke jd silent reader aje..) Ade beberapa blog panas yang aku singgah. 

Dh lama aku nk kisahkan (sbg peringatan diri sendiri aje..) tapi br hari ni aku rasa nk menaip (tgh rajin lepas menghayati oat suam..) Dlm blog brader tu mmg terpampang kebenarannya. Tapi aku tak tahu kenapa org susah nk terima pakai fakta yang ditaip olehnya. Aku yang bekerja sebagai penampal resit claim ni pun dpt tangkap maksud yang brader tu sampaikan dan bukan calang-calang orang yang memberikan fakta yang sahih. Tapi mereka yang buta hati tak nampak bukti di depan mata.

Mmg hak masing-masing nak buat apa dalam hidup mereka. Tapi sebagai manusia, sesekali fikirlah untuk diri sendiri dan orang lain. Untuk dapatkan apa yang diimpikan, perlukah seseorang itu menghina kedudukan seseorang. Kau keje besar, duit byk dan aku sbg penampal resit claim. Di sisi tuhan, kita sama saja. Dosa kau dan aku tetap ada. Selagi namanya manusia itulah kedudukan kau.

Jadi bila aku berhenti rehat kat blog brader tu, sesungguhnya aku terkedu. Rupanya tepat jangkaan aku, orang-orang seperti kau mmg diacuankan sebegitu. Menyakitkan hati nurani manusia demi mengejar cita-cita yang kau inginkan. 

Demi tuhan, ayat kau sampai sekarang aku ingat...

*Encik suami pesan, keje tampal resit claim pun xape. Hasilnya dari duit halal aku bekerja dan paling penting aku tetap isterinya yang tercinta...*


Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~