Petang pukul 4-30ptg dpt msg dari akak sepupu. Anak buah eksiden di Putrajaya. Katanya dh kritikal. 50-50. Oh tuhan... aku terus telefon abah dekat rumah. Suruh siap-siap. Aku mintak kelepasan awal daripada en. bos. Nak pg melawat ke hospital. Sampai rumah terus siap-siapkan bekal en.suami dan terus bersiap untuk ke hospital. Aku pg dgn mak, abah dan sorg anak buah aku.
Sepanjang perjalan ke Hospital Putrajaya semua orang membisu. Masing-masing kaku. Tiba di sana kami terus ke Wad ICU. Bertembung dengan family makcik (adik abah). Mereka kelihatan amat sedih. Pasti musibah yang teruk menimpa anak buah aku tu.
Kami terus ke Tingkat 1. Ibu pada anak buah aku, Amir Hamzah Bin Mazlan, (akak sepupu) aku lihat menangis sedu di sudut dinding. Sedu aku rasakan. Anak yang disayangi ditimpa kemalangan. (Kemalangan motor-jatuh sendiri dan tercampak ke besi pembahagi jalan. Besi pantulan telah mengoyakkan kepala (bhgn belakang) dan berkemungkinan retak tengkorak kepala. Abah & mak masuk berdua melawat anak buah. Aku terpaksa menunggu diluar kerana menjaga anak buah aku.
Saudara mara datang silih berganti. Kami sekeluarga terpaksa pulang kerana sudah tiba waktu Maghrib. Abah sempat berpesan kepada warga surau di rumah kami supaya mengadakan solat hajat untuk anak buah.
Semoga Amir Hamzah sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.. Kuatkanlah jiwamu untuk terus bertahan. Kami semua menanti dengan penuh sabar..
*mak uda aku pula (kakak abah) disahkan oleh doktor bahawa terdapat batu di dalam hati. Ya Allah.. semoga kau lindungi keluarga kami..*
Comments
Post a Comment