Skip to main content

Irresistable Tuesday


OK!! 15 kali aku tukar post title.. Hauargghh!!


Khamis pagi dapat berita gumbira. My new toy dah boleh ambil di Perodua. Senyum sampai ke telinga. Terima kasih sayang.. (en husband hadiahkan in advance sempena ulangtahun kelahiranku September nanti)

my new WXG...tapi WPP tetap di hati..

Jumaat lepas bergegas balik ke rumah atok. Ateh call mak bagitahu atok semput. Sesak nafas. Mak dah sedih. Susah hati. Siap-siap kami terus balik rumah atok.Sampai-sampai makcik-makcik aku tengah urut atok. Turun naik dada keringnya menarik nafas. Aku rasa kaki atok sejuk. Masing-masing bergenang air mata. Mak dan makcik berganti-ganti mengurut atok. Sesedut dua gas dan segelas susu suam akhirnya lena atok terlelap. Masing-masing mengurut dada. Risau... Cik Putri dah mengamuk kepanasan, kami terpaksa balik dahulu. Kemudian nak ke rumah en boss. Dia buat doa selamat untuk anak dia yang akan melangsungkan perkahwinan pada 16 Sept nanti. Dia jemput semua staff skali nak meraikan rumah baru dia.

~atok~

Sabtu balik ke Sentul. Malamnya beraya ke rumah wak di Ampang. On the way balik sempat snap satu pic.

KLCC

Semalam, Isnin bawa cik putri check up & ambil suntikan imunisasi - 5 months. Balik aku tengok cik Putri ok lagi. Tapi bila aku balik kerja petang tu mak cakap badan dia panas. Merengek sepanjang hari. Kesan suntikan tu kot. Tapi bila malam, bertambah panas. Aku dan en suami segera bawa cik Putri ke klinik. Dapat ubat demam. Lepas susukan cik Putri, bagi ubat demam dia terus lelap. Mungkin letih seharian merengek menahan sakit kene injection. Pukul 3 pagi aku tersedar bila cik Putri seakan-akan menggigil-gigil. Aku tekapkan belakang tapak tangan. Panas!! Aku bangun buatkan susu dan lap-lapkan badan dia dengan towel basah. Menitis air mata. Sebelum ini cik Putri tak pernah demam. Bila dia demam kali ini, aku rasa sangat sedih. Lagi-lagi sewaktu dia menyusu badan. Mulutnya sangat panas. Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya merengek menahan kesakitan/ketidakselesaan kerana demam panas. Hingga pagi aku tak lena sambil mengusap-usap jari jemari kecilnya yang menggenggam erat jejariku. Ohh sayang.. mama tak sanggup tengok sayang macam ni..


Sempat senyum waktu aku ambil gambar dia..

Waktu balik makan tengahari. Ada ambulans lalu, di belakangnya, ada sebuah lori mengekori rapat. Semua kereta terpaksa mengelak ambulans dan lori yang sangat mementingkan diri.. Huh!!


lori sengal




Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...