Skip to main content

M y W e e k e n d

 
Syukur Alhamdulillah.. Allah masih diberikan kesempatan bernafas untuk kali ke 27 tahun. Memberikan segala nikmat untuk aku rasainya hingga ke hari ini. Menjadi anak, isteri dan ibu kepada orang-orang yang aku sayangi.
 
chocolate indulgance.. nyum..nyum..

birthday girl... hihii...
 
 
Along dan kaklong (kakak ipar) ada buat open house kat rumah dia sempena dia dapat beli rumah tu dari owner dia yang kedekut tu. Syukur..ada juga rumah sebagai harta. Buat open house sekali sambut ulang tahun Maryam Husna yang ke-2. Jadi aku ni tumpang dedua kaki la sambut ulang tahun bersama.. hihihi...
 
Aku belanja kek dan air koktel aje. Yang lain kaklong sediakan. Menu Nasi Hujan panas lauk ayam masak merah. Terbaik kaw-kaw punye. Rresepi orang Terengganu. Fuhh!! Menu lain Nasi Himpit dengan kuah kacang. Mee Hoon Singapore (mak masak). Konyang.. rasa nak repeat makan lagi je tapi kene balik Sentul. Nak beraya ke rumah akak sepupu en suami di Puchong. Nak ambil mama mentua di Sentul dulu. Ayah mentua aku tak de, berjalan ke Perak.
 
Balik Sentul aku berdua saja dengan cik Putri. En suami naik motor. Ahad pagi ada program katanya.
Aku bagi main puting. Dok ralit dia main, belum sampai tol Cheras aku tengok dia dah terlentok. Huhuhu... risau juga kalau dia melalak buat perangai. kelam kabut aku nanti. En suami follow dari belakang. tapi kalau jalan jem dia akan tunggu aku kat simpang mana-mana. Sebab first tima bawa WXG balik Sentul. Risau la dia.. Hihihi...
 
tido...

kekasih hatiku.. lepak tunggu jem..
 
 
Malamnya abah, mak dan angah satu famili datang beraya ke Sentul. Mama mentua masak Keow Teow goreng basah yang umpphh! dan nasi goreng cina. Tak cukup, tambah nasi putih dan ketam masak gulai cili api. Power abis. Sedap hingga menjilat siku.. hihihi..
 
sedap kan...

Afiqah tido lena...

bertambah-tambah bebudak ni makan..
 
 
Ahad balik Kajang balik. Cik Putri tido lena. tapi sampai Tol Cheras mata dia dah bolat. Hihihi... dok tengok mama drive sambil senyum-senyum.. Tapi sampai kat Kajang dia bantai melalak buat konsert dalam kereta. Nak lepas dari safety belt carrier tu. Adoiii...
 
nyenyak..

my lovely princess

Tada!! baru bangun.. bolat mata..

mengelamun..

sebelum start buat konsert..
WXG - interior
 
 
*mimpi Full House setiap hari.. waaaa!!! -__-*
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...