Web Analytics

Nuffnang

Thursday, August 4, 2011

Puasa


Hari ke-4 umat Islam berpuasa. Aku sudah baik daripada demam cuma tinggal lagi perut yang sentiasa keras berangin. Doktor kate itu biasa untuk ibu hamil. Sabtu ni aku nak jumpe doktor. (Sepatutnya next scan Sabtu depan) Tapi terpaksa pergi minggu ini sebab doktor nasihat better refer ke hospital.

Ape hospital? Tobat laa nakkalau kene masuk air lagi.. Aku sanggup minum air bergelen dari kene cucuk. Sakitnya cucuk mase operate lepas masih lagi terasa-rasa.

Inilah Ramadan yang paling mencabar bagi aku. Makan tak tentu hala. Teringin sup ikan. Dah mak masakkan aku hirup 2-3 sudu. Lepas tu perut buat hal. Muntah balik. Suruh mak masak mee goreng, aku bantai sepinggan, lepas tu muntah balik. Teringin nak makan macam-macam, tapi bila ada depan mata, pandang sipi-sipi aje.. 


*Ya Allah, kuatkanlah semangatku..Tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaan dariMu... Sesungguhnya, Engkaulah Maha Pengasih & Penyayang.. Maha Mengetahui Segalanya..*




No comments:

Post a Comment