Skip to main content

Irresistable Tuesday #2


3 pagi aku terjaga sambil tercungap2.. Aku cuba untuk baring, tapi terasa lemas. Aku duduk sambil cuba untuk bernafas. Namun gagal. Aku menangis dan tangisanku didengari oleh en suami. Dengan cemas en suami cuba menenangkan aku. Di ambil Vicks dan menyapu seluruh badanku. Lega sedikit. Tapi bila aku berbaring kembali aku kembali mencungap2. Dada ku terasa ingin pecah dan terhimpit. Jantungku berdetak laju. Jam bergerak dan menunjukkan pukul 4.00 pagi. Aku cuba kembali melelapkan mata dengan sendu. En suami mengusap2 belakangku menenangkan aku. Akhirnya aku terlelap kepenatan. Aku tersedar azan subuh dan melihat en suami sudah bersiap untuk ke tempat kerja. Pasti dia tak dapat melelapkan mata. Belas suamiku. 

Aku bgn juga dan bersiap untuk ke ofis. Aku gagahkan diri. Tiba di ofis aku kembali semput. Ahh sudah.. Jam 11.00 pagi aku sempat hantar pesanan ringkas kepada bos minta balik untuk ke klinik. Aku dh tak tahan tercungap2. aku bernasib baik. Tiba di Poliklinik UKM tak berapa ramai pesakit. Hanya menunggu 5 minit nombor ku di panggil. Aku terus diperiksa oleh doc dan setelah beberapa pemeriksaan doc mengesahkan aku mendapat asma. Aku terkejut. Tapi doc memberitahu wanita mengandung kebiasaannya mudah mendapat asma dan akan hilang selepas bersalin. Aku lega. 

Doc mengingatkan aku jgn berada dalam keadaan/cuaca sejuk. Elakkan makan makanan sejuk dan sentiasa berjaga-jaga sekiranya aku sesak nafas lagi, terus k hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan gas. Doc hanya membekalkan aku ubat asma dan ubat batuk/selsema. 
Mungkin cuaca sejuk membuatkan aku semput.

Kebetulan usia kandungan sudah mencecah 20 minggu, doc terus membuat scan. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Baby teralu agresi. Jadi kesempatan untuk melihat jantina baby amat tipis. Baby melonjak2..mengiring..menonggeng2.. Hahaha...  Anak mama melasak dalam perut.. Doc hanya mampu tergelak dan menggeleng2kan kepala.. 



*aku hanya berselimut sepanjang petang & malam*



Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...