Pagi ni ade antenatal check up. Macam biase en suami sentiasa di sisi temankan aku. Cuma kali ini nombor aku lambat dipanggil. Hampir pukul 9.00 lbh baru sampai giliran aku. Masa ambil bacaan berat badan di penimbang, nurse tak percaya. Aku disuruh ambil bacaan untuk kali ke-2. Nurse maklumkan berat aku naik mendadak. Aku terdiam. Lepas bacaan berat & tekanan darah direkod, aku ke bahagian ambil darah. Kemudian terus ke lab untuk ambil ujian air kencing dan terus menunggu giliran berjumpa nurse.
Sewaktu pemeriksaan, nurse maklumkan aku kurang darah dan bacaan berat aku naik mendadak. Tak baik untuk aku dan kandungan. Aku terdiam lagi. Nurse nasihatkan supaya aku berdiet dan kurangkan ambil nasi/rori/mee. Mulai minggu ini aku terpaksa diperiksa dua kali seminggu untuk bacaan tekanan darah. Takut aku bakal menghidap darah tinggi / diabetes. Aku dah susah hati. Bab diet ni yang agak sukar bagi aku. Kene kontrol makan. Haih... tapi tak apelah.
Demi baby dalam kandungan, aku harus lakukannya...
Memandangkan usia kandungan aku sudah lima bulan lebih, pemeriksaan detak jantung baby dilakukan oleh nurse. Aku terpaku dan terkedu apabila mendengar bunyi detak jantung baby. Sangat terharu. Nurse hanya tersenyum memandang aku yang teruja tatkala mendengarnya.
Selepas pemeriksaan daripada nurse aku terus mendapatkan pemeriksaan daripada doc pula. Doc juga memberikan nasihat yang sama supaya aku menjaga pemakanan dan berdiet dari makanan yang mengandungi karbohidrat.
Selepas itu aku disuruh mendapatkan suntikan untuk kancing gigi dan pemeriksaan gigi. Ok, suntikan tu memang sakit!! Sampai ke petang tangan aku cramp dan berdenyut-denyut. Pemeriksaan gigi aku terpaksa pilih hari lain kerana hari ini klinik gigi penuh!!
*aku lapar nasi...*
Comments
Post a Comment