Suami beriya-iya ajak pulang ke kampung dan paling tak sabar pulang berhari raya ke kampung nanti. Excited sebab orang baru ada kampung kan.. Untuk pertama kalinya aku balik ke kampung bersama keluarga mertua. Tapi diiringi jenazah arwah kakak sepupu encik suami.
Jam 3.00 pagi (Isnin) aku dan encik suami dikejutkan dengan satu panggilan daripada mak mertua. Perkhabaran sedih dan menyentap jiwa. Kakak sepupu encik suami, kak Rozita telah kembali ke rahmatullah. Encik suami terkedu. Aku tahu dia menahan air mata. Aku rasakan ombak dadanya beralun keras. Aku juga sayu bila mengenangkan kami tak sempat menziarahi arwah ketika hayatnya.
Arwah disahkan meninggal dunia kerana Kanser Pankreas. (Dicatatkan dalam sijil kematian.) Kami bergegas bersiap dan terus ke rumah arwah di Pantai Dalam. Ketika kami tiba ayah dan mak mertua serta adik-adik iparku aku sudah tiba lebih awal. Kak Mis terataitasikmadu juga. Kedengaran bacaan Yaassin daripada adik beradik arwah dan jiran tetangga. Aku terus mengambil tempat di sudut dan teruskan bacaan yaasin.
Sesekali air mata mengalir. Biarpun baru mengenali arwah (semasa majlis perkahwinan 3 bulan yang lepas) aku dapat merasakan kemesraan arwah dengan sesiapa sahaja. Ya, semua orang pasti mengiyakan apa yang aku rasakan ini.
Azan Subuh berkumandang. Masih menunggu hari siang untuk menguruskan jenazah.Mak mertua mengajak aku pulang dulu untuk bersiap-siap pulang ke kampung (jenazah akan di kebumikan di Sabak Bernam). Selepas solat Subuh, aku dan suami balik ke Sentul. Mengambil beberapa helai baju untuk persalinan.
Hujan lebat mencurah-curah pagi Isnin membuatkan semua orang sayu. Masing-masing dalam keadaan kesedihan. Aku dan encik suami terlena di sofa sementara menunggu jenazah dari Pantai Dalam dan kami akan bersama-sama bertolak ke Sabak Bernam.
Jam 11.00 pagi kami bergerak dari Sentul ke Sabak Bernam. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Biarpun mata mengantuk, aku harus menemani encik suami berborak kerana aku melihat dia kelihatan letih dan tidak cukup tidur.
Kami tiba beberapa minit sebelum azan Zohor, dan tak berapa lama kemudian van jenazah dari Pantai Dalam tiba. Sanak saudara serta beberapa jiran-jiran di kampung tak dapat menahan kesedihan sewaktu Jenazah diturunkan untuk dibawa ke atas rumah. Esakan tangis daripada saudara mara begitu meruntun jiwa.
Selepas solat jenazah, kami bergerak ke Tanah Perkuburan. Suasana redup dan angin sepoi-sepoi mengiringi pengebunian arwah kak Rozita. Aku lihat suami arwah begitu sayu tatkala jenazah diturunkan ke liang lahad. Anak arwah, Aina begitu polos wajahnya. Mungkin anak berumur enam tahun itu belum mengerti apa-apa. Beberapa saudara mara memeluk suami arwah. Memberi kata-kata semangat mungkin.
Talkin dibacakan dan selepas itu kami bersurai. Tinggallah segala kenangan mengusik jiwa antara arwah kak Rozita dan semuanya.. Doa kami semua, semoga kak rozi tenang di sana.. InsyaAllah, kami akan menziarahi pusara kak Rozi di lain masa..
Selepas siap membersihkan diri semua orang tertidur dalam kesedihan. Tak dapat digambarkan orang yang kita sayangi pergi mengadap Illahi tanpa sesiapa jangka. Tanpa sesiapa menduga. Perginya arwah meninggal seribu satu cerita yang tak dapat kita lupakan. Lebih-lebih bagi aku yang baru sahaja mengenali arwah.
Selesai solat Maghrib dan makan malam, aku dan encik suami meminta diri untuk pulang awal ke Kajang. Kami tak dapat sama-sama menyertai majlis tahlil malam itu kerana perjalanan pulang ke Kajang dengan keadaan kami yang keletihan tak memungkinkan kami untuk berlama-lama di sana.
Kami akan pulang lagi ke kampung pada hari raya nanti. Ya, aku akan pulang lagi ke kampung yang indah permai dengan sawah padi menghijau atau mungkin sudah masa musim menuai..

*masih terbayang-bayang senyuman dan suara lembut kak Rozita menyapa
"Pengantin Baru.. kita dah jadi saudara.."*
sekejap je masa berlalu, dah seminggu.
ReplyDelete@misza sampai skrg terasa2 kak rozi ada kan kak mis.. bile bkk fb kak rozi along mesti sedeh...
ReplyDelete