Skip to main content

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT)

Ujian buat kami sekeluarga.

Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah.

Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat.

8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby Muhammad dalam wad. Nasiblah dia tak banyak meragam.



Hari aku dicharge, dah tak sabar nak balik ke rumah. Baby Muhammad pun beransur baik. Doktor bekalkan susu khas untuk naikkan berat badan dan alahan susu dia. (Susu badan drop teruk sebab aku stress, sebab tu doktor suggest susu khas)

Tiba di rumah, kakak Putri demam panas. Balik dari sekolah, ummi (pengasuh) cakap dia cirit birit dah 2x. Panas 39'C. Papa Zuwan bawa ke klinik swasta, kene ubat masuk punggung. Kebah sekejap demam dia. Doktor nak tahan wad, (suspek demam Denggi) tapi kakak meraung tak nak, terpaksa papa Zuwan bawa balik. Tambahan aku baru balik ke rumah.Agak kelam kabut jadinya.

Esoknya, badan kakak Putri panas balik. 40'C. Aku panik bila kakak Putri lembik, tak mahu makan, minum atau menyusu. Tinggalkan baby Muhammad dengan nenek Maznah, capai kunci kereta, angkut kakak Putri ke klinik semalam.

Doktor paksa tahan wad untuk masukkan air dan nak cek najis + darah (suspek Rotavirus). Aku yang masih dalam pantang ni terus jadi super mak, bawa kakak Putri ke hulu hilir. Atas kesilapan aku untuk sahkan kad insuran dengan agen insuran, klinik tersebut bukan lah panel, jadi terpaksa bayar dahulukan duit.



Tolak masuk wad, transfer ke hospital panel, (papa zuwan bergegas balik kerja) terus bawa ke hosp panel malangnya katil penuh, jadi out patient, bayar lagi... (masa ni dah nak pancit dah)

Malam menjelang, telefon ke sana sini, semua hospital panel, tiada katil, penuh pesakit. Tak ada pilihan, bawa kakak Putri keHospital Kajang. Aku tinggalkan papa Zuwan dengan kaka Putri di Zone Pesakit luar sebab aku terpaksa balik. Muhammad perlukan susu. Aku pesan, apa-apa papa Zuwan akan hubungi aku nanti untuk update perkembangan kakak Putri.

Jam 11.30 malam papa Zuwan telefon, kakak Putri dah boleh discharge lepas masuk air sebotol dan dapat keputusan ujian darah. (Ada sedikit kuman dalam darah) Aku bergegas capai kunci dan pandu ke hospital untuk ambil mereka.

Alhamdulillah, kakak Putri dah kebah demamnya. Tapi, aku sangka semua dah berakhir, rupanya tidak.

 Esoknya kakak Putri masih tak mahu makan atau minum. Muntah sahaja. Tak ada isi perut nak dikeluarkan. Hanya air. Badan dia dah lembik. Kami pulak akan ke Johor, walimah sekalian melawat pakcik (adik abah) yang lama abah tak jumpa. Pagi tu kakak Putri nampak sihat. Ok, lepas yakin dia benar-benar sihat, kami setuju bawa ke Johor.

Tiba di sana, muka kakak Putri pucat. Dalam keadaan cuaca panas yang terik, kakak Putri muntah tak henti. Tiada sebutir nasi yang masuk. Hanya beberapa teguk air (Fibre Spritzer-mineral berperisa). Tak dapat berlama-lama, abah minta diri untuk pulang. Terpaksa bawa kakak Putri ke hospital semula. Tiba di Kajang, lepas hantar mak abah ke rumah, aku terus ke Hospital Kajang. Kakak Putri di tahan di wad, dehidrate dan terlalu lemah. Urine warna coklat kopi. Papa Zuwan terpaksa tunggu satu malam. Lepas masuk 3 botol air, dan keadaan kakak Putri kembali stabil (mahu makan dan minum), urine kembali normal, doktor setuju discharge pada malam kedua.

Jam 10 kami kembali ke rumah. Aku menarik nafas lega.

Semoga kakak sihat-sihat saja.

Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...