Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.
Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih.
Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.
Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info. Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu.
Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklumkan, paklang telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi. Jenazah ada di HUKM". Allahuakhbar.. Aku terus meraung. Menangis semahunya.
Aku call mak sampaikan berita sedih ini, mak terus menangis dihujung talian.
Selesai Asar aku dan zuwan terus bersiap bergegas menuju ke HUKM. Budak-budak mama som jagakan sekejap. Dalam perjalanan air mata tak mahu putus.
Tiba di HUKM di hadapan kecemasan aku berjumpa dengan maklang dan Arif serat beberapa staff klinik paklang. Nak ku peluk maklang, tapi mengenangkan SOP Covid19 aku terpaksa menahan diri.
Maklang kelihatan sugul. Sesekali menitiskan air mata. Maklang ceritakan kejadian di klinik tadi.
Tak dapat aku bayangkan keadaan itu. Terlalu sedih.
Arif sibuk menjawab beberapa panggilan telefon dan message yang tak putus-putus. Kelam kabut menelefon ke sana ke sini.
Aku sampaikan berita di dalam group Ondscene. Alhamdulillah, Syaizul dari group Ondscene mewakili NGO Amal Team bersedia untuk membantu dengan menyumbangkan Van Jenazah untuk arwah paklang. Lega, Selesai satu urusan.
Sekarang fokus untuk urusan jenazah pula. Dari jam 600 petang kami masih menunggu keputusan perubatan arwah paklang sebelum jenazah dibenarkan untuk dituntut.
Sekarang fokus untuk urusan jenazah pula. Dari jam 600 petang kami masih menunggu keputusan perubatan arwah paklang sebelum jenazah dibenarkan untuk dituntut.
Kami perlu menunggu Pegawai Penyiasat dari Balai Polis Sg Besi untuk berurusan mengenai pelepasan jenazah arwah. Jam 745 malam akhirnya Pegawai Penyiasat tiba di Jabatan Forensik HUKM.
Selepas Arif dan maklang memberikan beberapa maklumat dan keterangan, Post Morterm perlu dilakukan juga untuk mengetahui punca kematian arwah paklang. Post Mortem akan dilakukan esok 7/6/2020 jam 830 pagi. Maklang dan Arif redha. Kami terpaksa balik meninggalkan paklang di sini. Aku berjanji dengan maklang dan Arif, aku akan datang esok untuk menemani mereka.
Ahad 7/6/2020 jam 830 pagi aku bergegas dari Sentul balik ke Kajang untuk mengambil baju dan kembali semula ke HUKM. Jam 940 Arif maklumkan Post Mortem ditunda jam 930 tadi. Aku maklumkan pada Syaizul mengenai perubahan waktu Post Mortem untuk dia bersedia dengan Van Jenazah.
Jam 1030 pagi arwah paklang Post Mortem selesai dan akan dimandi serta dikafankan. Jurumandi jenazah memberikan kami peluang untuk menatap wajah arwah sebelum dimandikan serta selepas dikafankan. Solat jenazah di bilik mayat diimamkan ustaz yang memandikan arwah bersama-sama Arif, abg Ajim, Nahiz dan Zuwan.
Pegawai yang melakukan pembedahan terhadap tubuh paklang memaklumkan bahawa punca kematian arwah adalah kerana serangan Jantung. Allah... Kami semua mungkin termasuk paklang tidak mengetahui arwah ada penyakit Jantung.
Wajah paklang seperti biasa. Seperti orang sedang tidur. Putih dan bersih. Allahuakhbar!! Besar sungguh rahmatMu pada arwah paklang.
Jam 11 selesai semuanya, Van Jenazah pun tiba. Syaizul dan team bersedia untuk menguruskan jenazah arwah paklang untuk dibawa ke Surau Al-Khauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Arif menaiki van jenazah untuk bersama menemani jenazah paklang buat kali terakhir.
Aku membawa maklang menaiki kereta Arif untuk ke Surau Al-Khauthar. Maklang terlalu sedih dan tidak kuat untuk memandu. Aku fahaam keadaannya. Zuwan ekori dari belakang menaiki kereta kami.
Kami di Surau Al-Khauthar serentak dengan van jenazah. Ramai menunggu ketibaan arwah paklang.
Aku letakkan kereta dan papah maklang ke dalam surau. Maklang jalan perlahan. Hiba hatinya. Dia berhenti sebentar berjumpa saudara mara.
Aku lihat Zafirah. Dia terus memelukku erat. Allah.. Dia menangis semahunya. Dialah si Bongsu yang rapat dan manja dengan arwah paklang. Aku tak dapat bayangkan keadaanya tanpa ayah yang dicintai.
Aku dapatkan Nabiha yang kelihatan sugul di sudut bawah khemah. Dia meraung di bahuku. Sungguh aku ikut menangis. Allah.. berikanlah ketabahan dan kesabaran buatnya. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan paklang apabila PKP dan PKPB akibat musim Covid19 ini. Dia terlalu rindukan ayahnya.
Jenazah selesai diturunkan di perkarangan Surau Al-Khauthar. Ramai mengelilingi jenazah. (Diikuti SOP Penjarakkan Sosial). Ikatan dan kapas yang menutipi dahi paklang dibuka. Seorang demi seorang diberikan peluang untuk mengucup dahi paklang. air mataku mengalir lagi.
Beribu ucapan di sosial media mendoakan arwah paklang. Segala kebaikannya tercatit. Allah.. Mulia sungguh hati paklang. Selayaknya digelar Doktor yang HEBAT dan berdedikasi. Hebat budi bicara, hebat dalam merawat dan hebat dari segala segi. Moga tinggi darjatnya disisiMu.
Selesai Solat Zohor terus ke Solat Jenazah. arwah diangkat kembali ke dalam Van Jenazah untuk di bawa ke Perkuburan Sg Tangkas Bangi. Berangkat ke Negeri Abadi. Arif, Aidil dan Azri menemani arwah paklang di dalam Van Jenazah.
Kami kaum perempuan terus ke rumah maklang. Hanya Nabiha & Zafirah dan kaum lelaki ke Tanah berkuburan. Aku bawa maklang pulang. Dia sudah tertalu letih dan tidak berdaya. Wajahnya pucat.
Selesai Solat Zohor terus ke Solat Jenazah. arwah diangkat kembali ke dalam Van Jenazah untuk di bawa ke Perkuburan Sg Tangkas Bangi. Berangkat ke Negeri Abadi. Arif, Aidil dan Azri menemani arwah paklang di dalam Van Jenazah.
Kami kaum perempuan terus ke rumah maklang. Hanya Nabiha & Zafirah dan kaum lelaki ke Tanah berkuburan. Aku bawa maklang pulang. Dia sudah tertalu letih dan tidak berdaya. Wajahnya pucat.
Semalaman tidak tidur.
Tiba dirumah maklang, dia terus membersihkan diri, solat dan berbaring. Tiada tenaga. Aku minta Ain bawakkan maklang makan. Sedari pagi tidak menjamah sebarang makanan. Hanya seteguk dua air mineral.
Dua-tiga suap selesai makan. Tak ada selera. Maklang terus berbaring. Lesu tubuhnya. Dia rindukan arwah paklang. Dia masih terngiang-ngiang paklang ada di sisinya. Dia menangis di dalam kereta sewaktu aku membawanya pulang.
Aku tak mampu nak berkata apa. Aku takut aku hamburkan tangisan melihat dia kesedihan. Aku cuba sabarkan maklang. Aku katakan Allah akan mudahkan urusan paklang. Orang baik-baik insyaAllah Allah sayang.
Semoga arwah Paklang, Rasmani Md Zin diampunkan segala dosa. Segala amal kebaikkan di dunia diberikan ganjaran syurga. Amin..Amin..Amin.. Yarabbal alamin...
Paklang Rasmani Md Zin dalam kenangan...
2.11.1952 - 6.6.2020
Comments
Post a Comment