Skip to main content

Pemeriksaan Kandungan Kali Pertama


Hari ni aku ke Klinik Kesihatan Kajang seawal jam 7.30 pagi. Semata nak berebut parking dan nombor giliran. Apatah lagi ini adalah pemeriksaan kali pertama aku. Jadi  pasti aku akan kehilangan arah nanti. Di sana aku perlu mendaftar, dapatkan kad ibu hamil yang pertama dan pemeriksaan yang diwajibkan ke atas aku. Untung aku ibu hamil yang pertama mendaftar untuk buku ibu hamil pada hari itu. Jika terlewat, mahu juga aku berbaris panjang seperti mereka yang lain. 

Selepas mendaftar, aku perlu mengisi maklumat peribadi di dalam buku ibu hamil atau buku merah. Untung aku bertanya kepada kenalan sebelum datang ke sini kerana nurse meminta aku tunjukkan surat nikah  (untuk mengesahkan tarikh kita berkahwin-untuk perkahwinan pertama- mengandung anak pertama), bil air atau api (untuk mengesahkan alamat tempat tinggal) dan salinan kad pengenalan suami.  

Kemudian aku ke bahagian  ambil darah untuk di hantar ke makmal uji. Mujur keputusan ujian tersebut hanya mengambil masa lima minit sahaja. Kemudian aku ke bahagian pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan. 

Kemudian buku ibu hamil perlu dihantar ke dalam bilik pemeriksaan untuk menunggu pemeriksaan daripada nurse. Selepas nombor dipanggil, aku masuk dan seorang nurse akan mengambil maklumat peribadi mengenai tahap kesihatan dan sejarah kesihatan ahli keluarga serta nasihat mengenai maklumat kesihatan sewaktu hamil.  
Selepas itu aku ke bahagian pemeriksaan oleh doktor pula. Doktor pula akan membuat pemeriksaan biasa dan laporan daripada nurse tadi perlu disahkan.  

Selesai semuanya aku perlu menyerahkan buku ibu hamil atau buku merah tersebut kembali ke bahagian pengumpulan buku ibu hamil untuk tujuan pemeriksaan seterusnya. Salinan buku ibu hamil kita bawa pulang ke rumah. Aku terus ke kaunter farmasi untuk mengambil vitamin yang diwajibkan untuk ibu hamil.  

Pada 23/09/2011 aku perlu ke Klinik kesihatan Kajang semula untuk pemeriksaan tahap gula pula kerana sejarah abah yang menghidap kencing manis. Ohh, bahagian ini aku sangat tak gemar. Aku perlu minum beberapa ml air gula untuk pemeriksaan tahap gula di dalam darah/air kencing. Pemeriksaan kandungan seterusnya pada 17/10/2011 pula. 

*Pengalaman pertama yang menarik bagi aku. Nurse yang ramah dan murah dengan senyuman*

My First Antenatal Check:

The nurse or midwife will ask you questions to establish your medical history. Expect to answer questions about: 
  • your periods (were they regular, for example);
  • previous pregnancies;
  • previous surgeries;
  • family history and background.
There will also be a physical examination. The nurse or midwife will take your blood pressure, and measure and weigh you. Your urine will also be checked for protein, which could indicate a bladder infection. You may also be asked to provide some blood samples.

Comments

  1. sy sungguh teruja bc entry..
    i'm hepi 4 u my bff..
    promise to tcare k ^_^

    ReplyDelete
  2. teruja.. hahaha... sila2 join da club ye cik iman.. hihihi... insyaAllah.. doakan aku selalu..

    ReplyDelete
  3. join d club..hehehe..
    insyaAllah..1 fine day ^_^

    ReplyDelete
  4. nak tanye, selepas mengandung, minggu ke berapa utk buat kad merah?

    ReplyDelete
  5. sue.adnan.. sebaik2nya masuk je 3 bln @ 12 minggu dh blh buat.. jgn lbh dr 3 bulan.. nanti nurse bising. ^__^ blh cek website ni.. very useful.. http://www.babycenter.com.my/malay/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...