Selepas seminggu bercuti raya, hari ni aku kembali bertugas seperti biasa. Atas meja melambak dengan DO dan invoice yang perlu di keluarkan dengan segera. Masak aku. Pening kepala makan ketupat rendang segala bagai masih belum reda. Mabuk kepayang pun belum hilang. Haih..
Pengalaman balik beraya ke kampung adalah satu pengalaman baru bagi aku. Rasa ketidakselesaan dan ketidakbiasaan adalah lumrah bagi orang seperti aku. Tapi selepas 2 -3 hari barulah aku dapat menyesuaikan diri. Suasana kampung betul-betul meriah. saudara mara datang menziarahi. Kecoh sekampung. Seronok!!
Gambar-gambar akan diupload kemudian. Nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh dahulu.
*masih dalam mood raya*
Comments
Post a Comment