Skip to main content

Semoga Sentiasa Dalam LindunganNya


Pukul 10.00 malam (Rabu) dapat panggilan telefon dari en suami. Tengah borak-borak tiba-tiba die cakap.. "Ayang...Selamat Hari Jadi". Aku terkedu. 8 September 2011 adalah hari lahir aku yang ke 26 tahun.

Selama 26 tahun hidup dah macam-macam yang aku lalui. Pahit manis sedih gembira dan segala-galanya yang membuatkan aku lebih matang dan untuk aku jadikan pedoman dalam kehidupan.

Dari sekecil tapak tangan mak hingga besar panjang aku hidup dalam lingkungan mak dan abah. Degil aku, keras kepala aku, rajuk aku semuanya dalam tangan mak & abah. 

Lepas berkahwin segala-galanya aku serahkan kepada suami. Kini aku bahagia dengan orang-orang di sekeliling aku. Tiada lagi kesedihan dan kedukaan lalu yang bisa menggugat perjalanan hidup aku.

Sesungguhnya, aku amat bersyukur kepadaNya kerana diberi kesempatan bernafas lagi untuk merasai nikmat hidup di dunia yang sementara ini. 


*Lepas matikan talian telefon baru aku sedar.. abg!!
baru pukul 10.00 malam (7/9/2011-rabu) blm 12.00 pagi (8/9/2011-khamis)*


Comments

  1. selamat ulang tahun sahabatku..
    moge hepi & ceria2 slalu..
    moge d'beri kesihatan yg baik..

    psstt: cik abg hang tkut trlepas 08/09/11..tu yg die wish awal2 tu kot..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha!! taw xpe.. time kasih ye.. present blh pos kat umah.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. alamak..present eks??hehehe..
    tggu present bb je la trus nnt eks..lalala..

    ReplyDelete
  4. kedekutnye iman... hadiah bb tu bb punye laa.. hadiah mak die lain.. hahaha...

    ReplyDelete
  5. ala..jgn ar mrh mom 2 be..
    nnt muke bb tu ikut muke iman br tau..
    hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~