Web Analytics

Nuffnang

Thursday, December 1, 2011

Perbaharui Lesen Memandu


Selasa lepas aku ke pejabat pos nak perbaharui lesen memandu yang akan tamat tempoh pada 1/12/2011. Kebiasaannya aku akan baharui selama 2 tahun. Sebab kalau setahun-setahun ni rasa macam kene pergi banyak kali pulak kat Pejabat Pos Kajang yang susah nak cari parking tu buat aku menyampah.

Memandangkan tarikh tamat tempoh  pada lesen memandu sekarang dikuatkuasakan menggunakan tarikh hari lahir kita, jadi aku perlu menambah bayaran untuk  tambahan bulan yang berikut. Bayaran untuk dua tahun sebanyak RM 60-00 dan bayaran tambahan bulan sebanyak RM 15-00 serta cukai pos RM 2-00. Jumlah bayaran RM 77-00. Tak kisahlah berapa janji aku dah settlekan untuk perbaharui lesen aku. Lega!!

yeay!! lesen dah renew!!

*ahad ni nak pergi kenduri kawen kawan satu kelas masa sekolah teknik kajang. asal kenduri kawen aje aku teruja. nape ehh*


2 comments: