Salam pagi Jumaat. Hari yang indah dan ceria. Sebab hari ini hari Jumaat..besok Sabtu cuti..Ahad cuti dan Isnin pun cuti.. Terasa gumbira hati ini.. Hehehehe.. Malam semalam en suami pesan, balik kerja petang nanti siap-siap kemaskan baju dan barang-barang keperluan. Malam ni nak balik Sentul. Dia ada projek nak servis moto kesayangan dia. Dah berkurun tak servis. Nak kasi cantik balik. Rupe motor dah macam mesin bajak sawah dah aku tengok. Hehehe.. jgn marah ye sayang... =)
Lepas tu Ahad nak balik Semenyih kejap. Ade family gathering. Biasanya hujung tahun kami sanak saudara akan berkumpul beramai-ramai buat makan-makan. Bincang-bincang hal keluarga. Tambahan bulan satu 2012 ni maklong dan maklang nak buat kenduri kawen abg-abg sepupu aku. Huih.. busy-busy....
Lepas tu hari Isnin, en suami janji nak bawak pergi shopping barang-barang baby. Diulangi, shopping ye... Huahuahua... terharunya aku... Teruja dan sangat-sangat tak sabar.
Hari ni dengan penuh semangat aku pergi kerja dan buat kerja. Rezeki hari Jumaat pulak, bos umum nak bg bonus skali dengan gaji. Oh saya sangat sayangkan company ini.. Wahahaha.... (Gile drama)
*syahdu bila tiap kali en suami cakap-cakap dengan baby dlm perut, baby bg respon..*
Comments
Post a Comment