Selesai prosedur selepas bersalin aku direhatkan sekejap di atas stretcher. Kemudian nurse bawa baby dan suruh aku susukan baby. Alhamdulillah, titisan susu pertama untuk anakku mengalir deras ke dalam mulutnya. Aku yang masih lagi lemah tetap rasa semangat. Kemudian nurse memberitahu bahawa aku sudah sedia untuk ditlak keluar masuk ke wad semula. Baby masih dalam pangkuanku. Aku lihat en suami sudah sedia menuggu di pintu Dewan Bersalin untuk mengiringi aku ke katil wad. Dia tersenyum gembira.
Di katil, ramai ibu-ibu hamil yang lain tersenyum dan pasti tidak menyangka aku akan bersalin secepat itu kerana mereka masih lagi menuggu waktu untuk bersalin. (Overdue) Alhamdulillah, Allah S.W.T telah menjanjikan bahagian masing-masing dan aku bernasib baik kerana Dia permudahkan jalan bagiku.
En suami terus memangku anak kami dan mengiqamatkannya. Dengan nada yang aku pasti diiringi sendu, aku mellihat kolam mata en suami bergenang. Begitu syahdu suasana yang aku lihat ketika itu. Sembilan bulan telah berlalu, en suami akhirnya bertemu juga dengan anak yang kukandung hasil cinta kami berdua..
Setengah jam kemudian famili aku dari Kajang sampai. Hari Sabtu dengan jalan yang sesak dan ketiadaan tempat untuk parrking kereta buatkan mereka lewat tiba. Tak kisahlah, janji aku sudah selamat bersalin kata mak.
Mak, abah, kaklong, angah dan kakngah teruja dengan baby baru. Macam tak percaya adik bongsu dah ada anak sendiri.. Hee... dan macam mak selalu kata, "bsk ada anak sendiri, rasalah pengalaman menjadi seorang ibu..susah senang kita rasakannya sendiri.."
En suami pulang ke rumah Sentul membawa uri baby untuk dicuci. Emak pesan supaya en suami sendiri yang membersihkan uri tersebut. Setengah jam kemudian en suami datang semula dengan uri yang siap dibersihkan. Emak dan yang lain-lain terpaksa pulang awal kerana perlu menguruskan untuk menanam uri. Tinggallah en suami menemani aku. Tak lama kemudian mama mentua bersama adik ipar aku sampai. Mereka juga gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Cucu sulung dari anak sulung! Pasti teruja.
Masa memang mencemburui aku. Waktu melawat sudah tamat. En suami terpaksa balik. Tinggallah aku dan si kecik menanti kebenaran untuk pulang ke rumah. Mungkin eosk hari aku harus bertanya kepada doktor yang bertugas. Tak sabar nak balik rumah!!
Berdebar-debar menanti waktu malam. Pertama kali, aku baru naik pangkat. Jadi Mama! Kedua nak handle baby yang baru lahir dengan keadaan aku yang masih lagi lemah. Doaku dalam hati semoga Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam urusanku seharian. Baru mula nk lelap, nurse minta aku berpindah katil belakang. Join ibu-ibu yang dah bersalin. Katil aku nk letak ibu mengandung yang baru masuk. Aku akur dan mereka menolak trolley baby dan almari laci barang-barangku.
Anakku kuat menyusu. Sejam sekali dia bangun merengek nak menyusu. Jenuh turun naik trolley baby, aku baringkan di katil aku dan aku susukan sambil berbaring. Lenguh tangan. Bila puting dicabut dia kembali meragam. Akhirnya hingga ke pagi dia 'kopek' susu mama dia.. Hingga melecet!! Aduhh...
Selesai sarapan pagi, doc melakukan rondaan dan setelah memeriksa aku, doc bersetuju aku boleh di discharge hari ini. Tetapi perlu menunggu bahagian bil dan kaunter nurse hadapan untuk mengetahui jam berapa aku akan di discharge. Kemudian en suami datang dan gunakan pas pelawat sebab belum waktu melawat. Air susu sudah kering dengan puting yang melecet, anakku menangis kehausan. En suami dodoikan dia hingga terlena kembali. Kami menunggu hingga ke petang untuk dapat kebenaran discharge pada hari itu.
Tepat jam 4:30 petang nurse datang ke katil memberitahu bahawa aku boleh discharge dan menyuruh en suami ke kaunter untuk membuat pembayaran. Alhamdulillah... aku dan baby akan balik sebentar lagi!!
Selesai mengemas dan membuat pendaftaran keluar, aku naik wheel chair dan ditolak ke lobi bawah sambil menunggu mama dan ayah mentua datang menjemputku. En suami balik menaiki motosikal.
Mama dan ayah mentua begitu teruja menyambut cucu sulungnya pulang ke rumah. Habis dikeleknya. Gembira aku kerana sudah menghadiahkan cucu buat mereka. Malam itu baby tak banyak meragam. Cepat serasi dengan nenek dan atok dia.. Hehehe..
*syukur mentua amat mengambil berat dan menyayangi aku*
Putri NurNazurah Qistina selamat dilahirkan pada jam 1110 pagi dengan berat 3.19kg. |

nenek sm sponsor baby cot.. |
Tahniah Cik Puan Zuwan dan Along!
ReplyDeleteTerima kasih mus..
ReplyDeletekalo emak aku plak,suruh suami basuh n tanam sendiri uri tu..katanya sbb kekotoran isteri tu..(eh btul ke ayt kekotoran..ntah lupa)..
ReplyDeleteAku xdapat tgk suami azan/iqamat kn Qaisara sbb dia kan bhgian baby..aku kt labor room kot waktu tu..lupa lagi..hehehe..tapi indah kan pengalaman bersalin tu..
aku pun ingat zuwan iqamatkan putri dulu.. rupanya baby siap2 dibersihkan dan nurse bg aku susukan dulu baru die tolak sama2 masuk wad. so aku ade peluang tgk zuwan iqamatkan.. sangat indah.. terharu.. x mampu aku gambarkan saat2 tu.. shahdu je..
Delete