Skip to main content

Jantung Hati

Balik dari kerja cik Putri manja dah tunggu depan pintu. Campak handbag terus peluk cium dia. Macam lama sangat tak jumpa. Dia peluk leher tak lepas. Rindu mama sangat-sangat lah tu kan...

Malam aku main masak-masak dgn cik Putri.. Putri masak "pish"... Sibuk bagi "tweety" bird dia makan.. nyum..nyum.. mulut dia sibuk mengunyah..

Jam 10.00 malam aku ajak masuk tido bila tengok dia menguap-nguap. Masuk bilik dia panjat katil, pandang kiri kanan cari papa. Papa?? Dia jawab sendiri "papa kije".. lepas nyonyot susu sebotol terus minta susu badan pulak..

Sambil-sambil layan dia nak tido tu, aku baca Bismillahhirrohmannirrhim... Tiba-tiba cik Putri ikut..
"**** llah.. *** mmann ***himmm..." Aku terpegun... Aku terus ucap syabas dan cium dahinya berkali-kali. (Selalunya dia akan tido dalam dakapan aku) Dia membalas pelukan aku..

Aku cuba lagi dengan doa harian lain. Doa makan.. dan betapa syahdu bila dia mengikut bacaan aku.. dengan pelat tutur, dengan sungguh-sungguh dia masih boleh menyebut bacaan tu walaupun dia belum memahami doa tersebut.

Aku bangga dengan anakku...

Semoga esok lusa Putri akan doakan mama & papa selalu...


Sent from my HTC

Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~