Skip to main content

Akar Kayu Siti Fatimah


Semalam sewaktu ikut mak ke rumah kawan dia, melawat anaknya yg lepas bersalin minggu lepas, semua kawan-kawan mak teruja tgk perut aku yang memboyot. Muncung ke depan. Semua excited meneka baby boy. Tapi bila aku bagitahu doc kate girl, terus makcik-makcik tu terdiam. Hahaha... tgk la nanti baby boy atau girl yang keluar ye makcik-makcik..

Dalam pada dok borak-borak tu semua pakat suruh mak rendam air akar kayu Siti Fatimah. (Akar kayu tu aku pnh nmpk kat dlm gobok, tapi tak tahu apa kegunaannya..) Dorang semua bagitahu aku dah boleh minum air tu. Nanti kasi senang bersalin. Ala-ala air selusuh katanya. Aku yang tak tahu apa-apa sekadar mengangguk-angguk kepala saja. Hehehe...

Balik dari melawat, mak terus amik akar kayu Siti Fatimah tu dan rendam dalam tumbler. Setengah jam akar kayu Siti Fatimah tu bertukar warna kulitnya. Jadi sedikit gelap. Lepas tu mak bagi aku minum. Aku minum seteguk dua lepas tu terus masuk tido.

Malam tu aku sakit perut. Rasa senak macam kene gastrik. Lepas tu baby mengeras aje. Mungkin dia tak selesa. Bangun pagi aku jadi mengantuk yang amat sangat sebab malam tak boleh tido lena. Hadoiii...

Tadi pagi mak tunjuk yang akar kayu dalam tumbler tu dah kembang. Aku pelik. Kenapa pulak kalau dah kembang?? Mak kata kalau akar kayu tu kembang, dalam tu pun kembang skali lah..  Maksudnya 'jalan' baby untuk keluar dah kembang. Jadi senang.. Baru aku faham. Kemudian, pagi ni baru aku perasan, aku jalan lain macam sikit. Rasa macam bahagian bawah ni macam penuh aje. Mmm.. susah aku nak jelaskan, tapi yg aku rasa macam tulah..

Mak pesan balik nanti minum lagi sikit sampai la bersalin. Huhuhu..nasib la rasa dia macam air putih biasa. Kalau rasa air akar kayu macam jamu-jamu tu, matila aku nak minum.. Hehehehe...

Balik nanti aku akan cuba dapatkan gambar sebenar akar kayu Siti Fatimah yang kering dan yang sudah kembang..

*Perasaan gemuruh dah mula terasa*





Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...