Skip to main content

#2 Rasa Itu..


"Budak Toyota". Tiap kali ke seksyen 15 Shah Alam, aku akan jadi teruja. Entah kenapa, perkenalan yang singkat menjadikan kami mesra seperti sudah bertahun berkenalan. Ketika kereta aku masuk bengkel, kemalangan kecil sewaktu outstation di Banting, dialah yang membantu aku ketika aku dalam kesusahan. Patah kaki kerana tiaad kereta, dialah yang bersusah payah jemput aku ke bengkel dan membantu aku uruskan beberapa hal. Nak harapkan orang yang rapat dengan aku?? Hurmm.. sampai ke sudah tk nampak batang hidung. 

Aku tak perlukan seseorang yang berpangkat, kaya dan berharta tapi langsung tidak membantu waktu aku dalam kesusahan. Aku hanya perlukan seseorang yang biasa tetapi waktu aku memerlukan, dia sentiasa ada walaupun aku bukan siapa-siapa bagi dia. 

Siapa sangka, orang yang aku sangkakan garang dan sentiasa serius dalm semua perkara akhirnya membuka pintu hati dan cintaku untuk dimiliki olehnya. 

Teringat hati berdebar-debar dan lidah kelu untuk berkata-kata sewaktu dia menawarkan 'pekerjaan' untuk penganggur seperti aku..

 "Awak nak jawatan kosong tak"
"Jawatan apa? Perlukan apa-apa sijil ke? Saya ada SPM saja"
"Kerja dia.. jadi menantu mak saya"

Aku berpaling dan terus terdiam. Main-main la budak ni. Tapi hati dah tersentap. 

Selang beberapa bulan selepas aku bawa berjumpa mak dan abah dan aku pula bertemu mama dan ayahnya, dia terus berkata mahukan hubungan yang lebih serius dan akan menghantar rombongan merisik. Aku terus maklumkan pada mak abah. Mereka kelam kabut kerana begitu cepat masa berlalu tanpa apa-apa persediaan. 

Bagi aku, hubungan seperti inilah yang aku cari. Berkenalan, bercinta, kenal keluarga kedua pihak dan dia begitu serius mahukan aku sebagai suri hatinya tanpa mengambil masa yang lama untuk mengukur cinta yang belum tentu membahagiakan. Cinta itu sendiri adalah sebuah risiko yang paling susah untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Andai berjaya, berbahagialah insan itu. Namun jika gagal, hati yang yang luka sukar untuk disembuhkan. Aku bersyukur kerana dia menerima aku seadanya. 
 
Tiga bulan dirisik, aku secara rasminya menjadi tunangan orang. Waktu itu seperti diawang-awangan. Terasa bagai mimpi indah. Menjadi tunangannya benar-benar membahagiakan. Seperti pasangan yang lain, kami juga berdating. Cuma banyak dating di rumah keluarga. Kerana itu lebih selamat. Berada di depan mata mak ayah tanpa ada rasa ragu-ragu. Bergaduh dan bertikam lidah lumrah orang darah manis. Pasti ada air mata yang tertumpah. Tapi cinta kami tetap kukuh. Kerana hubungan yang dibina dengan niat yang ikhlas dan percaya antara satu sama lain akan menjanjikan kebahagiaan bahawa dia benar-benar mahukan aku untuk menemani dia seumur hidupnya.

  Tidak sampai setahun kami  mengikat tali pertunangan, pada 04/03/2011 kami diijab kabulkan. Dengan bersaksikan semua umat manusia, akhirnya aku menjadi isteri kepada seorang suami yang telah Allah janjikan menjadi pasangan bagai Adam dan Hawa. Lelaki yang amat kucintai.. Menitis air mata di pipi.

Setahun telah berlalu, kami tidaklah menyambutnya secara besar-besaran, cukup sekadar en suami dan aku menikmati hari bahagia kami dengan seadanya. En suami belanja makan (aku mmg suka makan..haha..) di Seoul Garden di KL Festival City Mall. Sangat teruja. Sedap dan sangat mantap!! Lps ni nk repeat lg.... Huhuhu....

ade black paper beef, spicy chicken, sayur, mee, udang, sotong, kupang dll
men masak-masak..
sesi membakar..

licin..
sedap!!
last ABC sbg pencuci mulut..

*Semoga cinta ini membawa sinar dalam kehidupan kami dan bakal diserikan lagi dengan kehadiran insan baru..InsyaAllah...*






Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...