Air dah masuk. Jadi aku dan en suami dah plan, Sabtu pagi kami ke rumah Sg. Kantan. Cuci-cuci apa yang patut. Ok, baru cuci 2 bilik kat bhgn atas, aku dah terduduk. Pitam mak!! Buat kerja lebih terus nak pitam. Ni bukan cubaan, ni betul-betul... Hahaha... nak buat macam mana, tenaga yang ada dalam badan aku ni guna bateri saiz AAA je.. hiiii... Lepas rehat kejap, aku sambung basuh bilik air. Yang lain en suami uruskan. Dari jam 8.00 pagi sampai 1.30 ptg akhirnya siap. Dengan perut yang kebulur, kami tapau nasi. Balik siap2 makan, kemas barang terus pecut balik Sentul. Hari Ahad tengahari kami ke rumah adik ipar aku. Sambut ulang tahun Mama yang ke 59 tahun. Sampai Flora Damansara, biras aku Lana dah siap hidang makanan. Apa lagi, serbu laa..Perut tengah lapar.. Hiii... Thanks Lana.. Selamat Ulang Tahun yang ke-59 untuk mama, Kalsom Binti Zaid. Terima kasih kerana melahirkan seorang anak yang baik...