Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Mine!!

Diriku begitu berharga.. Sent from my HTC

Perodua Card

5 tahun pakai myvi, syukur tak ada masalah.. (kecuali kemalangan tahun 2008 tu la..) Hari ni dapat Kad Keahlian Perodua secara PERCUMA untuk Alza.. 2 kali hantar ke Perodua Service (selain monthly service) sebab water leak bahagian penumpang depan.. Service ok..tiap kali hantar mesti die akan buat call utk follow up.. cuma tu la kan.. bila kereta baru ada masalah rasa tak senang hati.. Kereta dari kilang ada masalah.. hurmmm... Sent from my HTC

Aktiviti 9 bulan

Sudah pandai merangkak.. Sudah pandai memanjat.. Sudah pandai bertatih..  (nk lepas tangan, tak nak pegang tangan ok..)

5 tahun sekali je..

Balik2 ade parcel sampai. Aku terus buka.. Hahaha... 5 tahun sekali je beli... en suami jawab bila aku membebel.. hihihi.. ayg dah try pakai... jgn marah haa.. nnt kene jual.. *semoga en suami bergembira dan dapat rezeki naik podium tahun ni..*

Sentap

Apabila gurauan jadi punca perbalahan.. Jangan lupa ada yang memerhati.. Ada yang terasa hati.. Kawan jadi lawan.. Keluarga tak mengaku saudara.. Bila terlalu baik, bila terlalu biasa.. Akan tiba masa rasa janggal tak selesa.. Beringatlah.. Kau akan jadi kau.. Aku jadi aku.. Tak akan sama seperti dulu.. Sent from my HTC

Gangguan Bekalan Air - Wilayah Hulu Langat

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI 5 BUAH WILAYAH AKIBAT HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH (WILAYAH HULU LANGAT) by Puspel Syabas on Tuesday, 15 January 2013 at 09:02 · Senarai Kawasan Terlibat Bagi Wilayah Hulu Langat 1) Seksyen 6 Bdr Baru Bangi           2) Seksyen 7 Bdr Baru Bangi            3) Seksyen 8 Bdr Baru Bangi        4) Seksyen 9 Bdr Baru Bangi           5) Seksyen 10 Bdr Baru Bangi 77 385          6) Jalan Selamat, Jalan Masjid, Jalan Dato Dagang, Jalan Dusun, Jalan Selamat, Jalan Imam Kg Sg Ramal Dalam 7)Taman Sepakat Indah                 8)Taman Kajang Mewah            9)Taman Berjaya 10)Taman Berjaya Baru          ...

Cuti-cuti Pantai Timur - 2012

22 Disember 2012 kami sekeluarga dah plan bercuti ke Pantai Timur. Saja nak berjalan.. Sambil melawat cucu angkat mak & abah. Konon nak gerak pagi Sabtu lepas en suami balik shift malam. Semua dah excited nak bercuti. Tapi petang Jumaat homestay di Kelantan call akak ipar aku. Tanya kenapa belum sampai lagi. Kitorang terus blur. Rupanya kakak ipar dah tersalah tarikh. Dia p booking 21 - 22 hb. Kitorang plak baru nak gerak 22hb pagi. Nak cancel tak boleh. Kene bayar penuh. Tengah semua pening kepala abah terus bagi arahan, siap cepat. Malam ni juga lepas Isya' kita bertolak. Masing-masing kelam kabut balik rumah pergi packing baju. En suami yang dah siap nak start motor pergi kerja terus masuk rumah balik. Hahaha... kesian dia. Kebetulan pulak cik Putri demam sebab chicken pox tu. En suami call kilang minta cuti.  Lepas solat Isya dan doa ringkas kami terus bergerak menuju ke Pantai Timur. Budak-budak berjalan malam masuk kereta kene air cond tersu tido. Memadangkan k...

OooOOooO ~ Balik kampung

Sabtu petang aku dan family MIL balik ke Sabak Bernam. Ada jemputan kenduri kahwin. Sampai sana lebih kurang nak masuk Maghrib. Kali terakhir balik Raya 2012. Lama tu..   Balik singgah gerai tepi jalan. Beli mangga dan Mentarang segar dan Mentarang bakar. Sedap. Rasa macam kupang juga. Cuma bentuk siputnya yang panjang dan isi dia sikit saja. Lepas hajat nak makan Mentarang bakar. Cuma teringin nak makan Cendol Bakar drive thru tu!! Masa dalam perjalanan ke Sabak Bernam aku tengok line penuh. Masa balik pun penuh. Masa bila tak penuh ye... Betul-betul nak rasa ni... Bila-bila senang nak ajak en suami ke sana la.. Semata nak rasa Cendol Bakar.. Hihihi...

Abah 60'

Jumaat lepas 11/01/2013 kami satu keluarga sambut ulang tahun abah yang ke 60.  Macam biasa, buat makan-makan sikit. Saja nak meriahkan suasana aku belikan kek. Padahal aku yang teringin.. Hahaha.. Nak colek cream.. Semoga abah Hj Mohd Yusob Bin Kamat sentiasa murah rezeki dan diberi keberkatanNya.. Semoga abah sihat dan sentiasa dalam lindunganNya..  Semoga kami sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya..

Jalan-jalan Hari Minggu

Hari Ahad teman en suami ke Elite USJ, ada tengok kawan2 layan track. Kemudian terus ke One Utama. Bawa cik Putri jalan-jalan. Padahal mama dia yang nak window sopink. Hahaha~ posing @ Toys R'Us papa posing cik Putri tido.. hahaha.. kekasih hati sedap tido... *Minggu ni busy tak abis2... haih..*

2013 yang Sibuk!

  Salam tahun baru 2013 untuk semua warga dunia. Masuk tahun baru ni semuanya jadi kelam kabut. Mana nak urus hal kerja, hal rumah di Sg. Kantan - pasang meter elektrik & meter air dan pasang grill. Atok yang tak berapa nak sihat di kampung. Dengan cik Putri yang semakin melasak. Baik daripada demam chicken pox terus aktif semacam. Lepas tu dah pandai pilih orang . Dengan mama je dia nak. Dengan orang lain meraung-raung. Melekat dengan mama 24 jam. Aduhh... Terpaksalah bertukar jadi super mumma untuk uruskan semua.. Huhuhu...   Weekdays dan weekend sama busy. Kadang terasa down juga, nasib family ada untuk bantu apa yang patut. Tapi bila fikirkan en suami dan cik Putri terus rasa semangat balik. Merekalah kekuatan aku untuk terus berjuang. Berjuang membina sebuah keluarga bahagia. InsyaAllah..   Aku harap, tahun 2013 ni perjalanan hidupku semakin lancar. Kerjaya, keluarga dan kehidupan sehari- hari semakin baik. Semoga segalanya dipermud...

~my soul~

My heart melting rite now... '__'