Skip to main content

Cuti-cuti Pantai Timur - 2012


22 Disember 2012 kami sekeluarga dah plan bercuti ke Pantai Timur. Saja nak berjalan.. Sambil melawat cucu angkat mak & abah. Konon nak gerak pagi Sabtu lepas en suami balik shift malam. Semua dah excited nak bercuti.

Tapi petang Jumaat homestay di Kelantan call akak ipar aku. Tanya kenapa belum sampai lagi. Kitorang terus blur. Rupanya kakak ipar dah tersalah tarikh. Dia p booking 21 - 22 hb. Kitorang plak baru nak gerak 22hb pagi. Nak cancel tak boleh. Kene bayar penuh. Tengah semua pening kepala abah terus bagi arahan, siap cepat. Malam ni juga lepas Isya' kita bertolak. Masing-masing kelam kabut balik rumah pergi packing baju. En suami yang dah siap nak start motor pergi kerja terus masuk rumah balik. Hahaha... kesian dia. Kebetulan pulak cik Putri demam sebab chicken pox tu. En suami call kilang minta cuti. 

Lepas solat Isya dan doa ringkas kami terus bergerak menuju ke Pantai Timur. Budak-budak berjalan malam masuk kereta kene air cond tersu tido. Memadangkan kami jarang berjalan jauh, aku, along dan kaklong tak tido. Teman en suami berborak. Takut dia mengantuk waktu memandu. Angah, kakngah, mak & abah satu kereta ikut belakang.

Ok, perjalanan ambil masa 10 jam sebab kami berhenti di setiap stesen minyak. Ada yang lapar, tukar pampers anak dan yanng pasti angah yang kaki toilet. Huhuhu..

Dari Jumaat malam hingga kami tiba Sabtu jam 5.30 pagi di Wakaf Che Yeh Kelantan, hujan tidak henti langsung. Sejuk. Tanpa air cond masing-masing tidur keletihan selepas solat Subuh.

Homestay yang kami sewa tu sangat SELESA & sangat superb keluasannya. Kalau pergi lagi nak suruh kakak ipar aku tempah homestay yang sama. Nak keluar berjalan pun rasa malas sebab rasa nak duduk je rumah yang besar tu.. hihihi.. 

Kami berjalan ke Pasar Besar Siti Khadijah. Tapi sebab hujan dan cik Putri yang tak sehat, aku xde mood nak sopink. Haih...

Pagi Ahad kemas-kemas. Nak gerak ke rumah cucu angkat mak & abah di Pasir Mas. Singgah makan petang lepak-lepak sekejap kami teruskan perjalanan ke Besut. Rumah kak Ina. Kakak pada kaklong.

Malam tu air hujan dah mula naik dan melimpah dari longkang/parit. Tapi belum banjir. Kami ke Home Stay di Besut. Ok.. homestay ni memang seram. Tak adalah yang peliknya, tapi rumah banglo tinggal...paham-paham sajalah ye.. Huhuhuhu... Suasana seram tu betul-betul buat aku kecut perut.

Pagi-pagi bersiap singgah rumah Ina makan pagi kemudian terus bergerak balik ke KL. Hujan yang tak berhenti sejak kami tiba malam tadi buat air semakin naik dan jalan dah mula tenggelam. Ok harus cepat keluar dari Terengganu sebelum terperangkap dalam banjir.

Walaupun ada beberapa jalan dah dinaiki air, kami selamat keluar dari Terengganu & Kelantan turun ke KL dalam keadaan selamat. Syukur ya Allah...







Bulan 6 ni nak naik Kelantan lagi. Ada jemputan kenduri kahwin adik sepupu en suami.
Yeah!! Sopink lagi!!


Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...