Skip to main content

2013 yang Sibuk!

 
Salam tahun baru 2013 untuk semua warga dunia. Masuk tahun baru ni semuanya jadi kelam kabut. Mana nak urus hal kerja, hal rumah di Sg. Kantan - pasang meter elektrik & meter air dan pasang grill. Atok yang tak berapa nak sihat di kampung. Dengan cik Putri yang semakin melasak. Baik daripada demam chicken pox terus aktif semacam. Lepas tu dah pandai pilih orang . Dengan mama je dia nak. Dengan orang lain meraung-raung. Melekat dengan mama 24 jam. Aduhh... Terpaksalah bertukar jadi super mumma untuk uruskan semua.. Huhuhu...
 
Weekdays dan weekend sama busy. Kadang terasa down juga, nasib family ada untuk bantu apa yang patut. Tapi bila fikirkan en suami dan cik Putri terus rasa semangat balik. Merekalah kekuatan aku untuk terus berjuang. Berjuang membina sebuah keluarga bahagia. InsyaAllah..
 
Aku harap, tahun 2013 ni perjalanan hidupku semakin lancar. Kerjaya, keluarga dan kehidupan sehari- hari semakin baik. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya... Amin...
 
*cik putri dah masuk 9 bulan. Nurse di KK gelakkan dia sebab belum boleh merangkak dan tak ada gigi..*
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~