Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Aku..

Dari kecil semua mak yang sediakan. Dari sekecil benda sehingga sebesar alam. Jadi aku agak manja dalam sesuatu urusan. Aku tak pandai masak. Dah kahwin aku recall balik apa resepi mak. Aku praktikkan. Dan berjaya. Aku tak pandai menjahit. Syukur alhamdulillah, aku boleh minta bantuan mak atau mak mentua aku. Baru pagi tadi mak mentua aku jahitkan baju aku yang kurang benang. Terima kasih Mama!! You're the best!! hehe.. Aku tak pandai kemas rumah. Syukur, en suami banyak bantu aku dalam hal-hal kemas mengemas. Eh, memang satu rumah die yang kemaskan. Heeee... Alhamdulillah, aku dikelilingi insan-insan yang amat mengambil berat dan sayangkan aku. Mereka sudi membantu aku dan tidak pernah abaikan aku. Orang akan kata, kenapa tak belajar buat sendiri. Ya, aku bukan dianugerahkan buat semua benda menjadi. Ada yang aku boleh buat, ada yang tidak boleh. Oh, aku pandai jahit butang!! !

Raya..Raya..Raya..

Terima kasih kepada BFF aku Noraishah Nordin dan blogger idasyahida85 yang sudi hadir ke teratak kami. Aku masak simple simple je, Kari Ayam, Tempoyak Ikan Bilis dan Spicy Beef Soup serta Telur Dadar.  Jangan segan, jangan lupa singgah lagi ke rumah kami. Semoga kedatangan kalian membawa rahmat kepada kami sekeluaga.

Si Kecil Si Kuntum Bunga

Dah lama tak cerita pasal anak dara saya.  Umur dah menjangkau 2 Tahun 5 Bulan. Banyak keletah dan ragam sepanjang tumbesarannya. Macam-macam kerenah. Manja tak usah cakap. Kene marah dengan mama papa, dia cari atok nenek untuk backup dia. Bijak tak. Hahahaha... Atok nenek melayan saja kerenah cucu dia. Sama ada atok nenek Sentul atau atok nenek Kajang. Sama saja manjakan dia.  Dalam 2 tahun ni, dia tak banyak sangat ragam. Biasalah budak-budak. memilih makanan (Read: Dia ada mild eczema), kuat main-main dan paling mengada-ngada. Kalau kau tak layan dia, dia jerit-jerit minta dilayan. Papa dia la yang rajin melayan. Apa nak semua dapat. Anak manja papa kan.... Kalau dengan mama dia, boleh la layan sikit-sikit. Kalau mengada sangat, aku jegilkan saja biji mata. Hahaha... Lepas tu dia datang dekat, mama..mama..mama.. minta manja. Kira pujuk aku jangan marah dia la.. Kadang tu saja aku buat sampai dia menangis. Hehehe... saja menyakat. Untuk umur 2 tahun ni juga, dia...

Keluarga Ku Syurga Ku..

Keluarga Haji Mohd Yusob dan Hjh Maznah Sulaiman

Pagar Oh Pagar...

Tengah migrain, letih balik kerja, turun kereta nak buka pagar sekali aku pelik. Lain macam saja pagar aku ni. Bila aku cucuh kunci buka mangga dan selak kunci stuck!! Ketat. Ah sudah. Bila aku belek-belek dalam skala besar, terbeliak anak mata aku! Pagar aku kemik. Sapa pula yang langgar ni!!!!!! Errgghhh!!! Dengan keadaan yang kemarahan mencanak-canak naik ke kepala, aku goncang sekuat hati pagar tu baru boleh tolak pintu pagar tu. Masuk garaj dan park, terus amik beberapa gambar dan send WA ke en suami. Tiba-tiba akak sebelah yang jual burger sebelah rumah gamit aku. "Dik..dik.. tadi ada orang beli burger. Perempuan bawa anak. Baru sampai nak park motor, anak dia p press throttle, terbang terus langgar pagar rumah adik. Nasib tak masuk ke longkang. Akak tak kenal siapa. Dia nak jumpa adik, adik belum balik kerja.."  Aku blur. Hurmm... Aku masuk rumah dengan hati yang sebal. Pening. Blur. Keliru. Sampai ke malam aku tunggu kot-kot si pelanggar pagar aku tampil. Bukan ...

Teman Sahabat Kawan | Pergimu Tiada Ganti

Dari Isnin petang balik kerja aku keluar masuk toilet sakit perut. Selasa pagi bangun dah lelong jalannya. En suami msg tunggu dia balik kerja, nak bawa pergi klinik. Doktor bg MC suruh berehat dirumah. Aku dah lembik!! Pagi ni masuk kerja perut cramp sikit. Tengah kepala jem baru nak start kerja dapat satu message di handphone. Aku baca berulang kali. Tangan gigil... Baca lagi.. Jap2, otak aku tak boleh nak proses. Blur... Aku message kawan aku Mumma Zilla di Facebook. Tapi tangan ligat call balik orang yang hantar message tu. Dua tiga kali aku call tak berangkat. Haishh!!  ni main-main ke apa ni. Badan aku dah mengigil. Aku cuba call lagi, akhirnya dia angkat, Ilya yang jawab. Dia adik kawan baik aku, Dia sahkan message tadi. Dia yang hantar message tu. Aku dah nak jatuh terduduk. Lidah aku kelu nak bertanya apa lagi. Kesat lidah aku rasa.  (Read : Aku tak save nombor dia yang ini sebab dia ada banyak nombor masa kat kolej dulu) Adik dia maklumkan dah dua bulan ...

Salam Aidilfitri 2014

Salam lebaran Aidilfitri 2014. Tahun ketiga beraya bersama keluarga sendiri dan pertama kali beraya di rumah baru. Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. Pagi selepas sembahyang raya kami bermaaf-maafan sesama keluarga. Makan rendang ayam tua masakan kaklong. Lepas tu gerak balik rumah atok di Semenyih. Petang aku pecut balik ke Sentul. Beraya bersama mentua. Raya ketiga baru bertolak balik ke rumah wak Pahang di Sg, Kemahal Triang. Raya keempat balik ke Sabak bernam. Lalu Genting Highland-Batang Kali-Tanjung Malim-Sabak Bernam. Beraya ke rumah wak Bari-Sg. Tengi dan rumah wak Rojun-Gedangsa. Raya sakan!! Raya kelima gerak balik semula ke Kuala Lumpur. Hantar mertua dan terus pulang ke Kajang. Rutin raya aku sekeluarga.  Sekeping dua gambar raya untuk tatapan pengunjung blog ini. Kerluarga besar Hj Mohd Yusob Kamat dan Hjh Maznah Sulaiman Keluarga Along Keluarga Angah En suami bersama abah Aku bersama mak (Banyak dosa ngan mak (-___-) Cucu-...