Web Analytics

Nuffnang

Tuesday, August 19, 2014

Pagar Oh Pagar...

Tengah migrain, letih balik kerja, turun kereta nak buka pagar sekali aku pelik. Lain macam saja pagar aku ni. Bila aku cucuh kunci buka mangga dan selak kunci stuck!! Ketat. Ah sudah. Bila aku belek-belek dalam skala besar, terbeliak anak mata aku! Pagar aku kemik. Sapa pula yang langgar ni!!!!!! Errgghhh!!!

Dengan keadaan yang kemarahan mencanak-canak naik ke kepala, aku goncang sekuat hati pagar tu baru boleh tolak pintu pagar tu. Masuk garaj dan park, terus amik beberapa gambar dan send WA ke en suami.

Tiba-tiba akak sebelah yang jual burger sebelah rumah gamit aku. "Dik..dik.. tadi ada orang beli burger. Perempuan bawa anak. Baru sampai nak park motor, anak dia p press throttle, terbang terus langgar pagar rumah adik. Nasib tak masuk ke longkang. Akak tak kenal siapa. Dia nak jumpa adik, adik belum balik kerja.."  Aku blur. Hurmm...

Aku masuk rumah dengan hati yang sebal. Pening. Blur. Keliru. Sampai ke malam aku tunggu kot-kot si pelanggar pagar aku tampil. Bukan nak minta duit atau apa. Sekadar adab sebagai orang Islam dan Melayu. Datang minta MAAF. Bukan aku keji dan kejam sangat tak kesian dia anak beranak nyaris masuk longkang rumah aku. Tapi kau tau adab tak? Tahu tak bila buat salah p minta maaf.

Ok, aku emosi. Dahlah pagar tu tak seberapa. Mahal tidak. Murah pun tidak. Tapi janganlah sampai hati pelakukan dia sebegitu rupa. Buruk-buruk pagar tu berjasa nak dekat setahun sebagai pagar rumah aku. Jangan nanti ada yang kata, alah pagar je pun... Kau tau berapa aku berhabis untuk pagar dan rumah tu? Hurmm..  Bila kau ada rumah sendiri dan keluar duit sendiri, baru kau tahu macam mana rasa bila pagar rumah kau kene hempok.

Ok bai...






No comments:

Post a Comment