Skip to main content

Si Kecil Si Kuntum Bunga

Dah lama tak cerita pasal anak dara saya.  Umur dah menjangkau 2 Tahun 5 Bulan. Banyak keletah dan ragam sepanjang tumbesarannya. Macam-macam kerenah. Manja tak usah cakap. Kene marah dengan mama papa, dia cari atok nenek untuk backup dia. Bijak tak. Hahahaha... Atok nenek melayan saja kerenah cucu dia. Sama ada atok nenek Sentul atau atok nenek Kajang. Sama saja manjakan dia. 

Dalam 2 tahun ni, dia tak banyak sangat ragam. Biasalah budak-budak. memilih makanan (Read: Dia ada mild eczema), kuat main-main dan paling mengada-ngada. Kalau kau tak layan dia, dia jerit-jerit minta dilayan. Papa dia la yang rajin melayan. Apa nak semua dapat. Anak manja papa kan....

Kalau dengan mama dia, boleh la layan sikit-sikit. Kalau mengada sangat, aku jegilkan saja biji mata. Hahaha... Lepas tu dia datang dekat, mama..mama..mama.. minta manja. Kira pujuk aku jangan marah dia la.. Kadang tu saja aku buat sampai dia menangis. Hehehe... saja menyakat.

Untuk umur 2 tahun ni juga, dia dah pandai bercakap secara lancar. Tidak terlalu pelat. Apa aku sebut, dia akan sebut dengan lancar dan jelas dan pandai membebel. Cakap tak berhenti-henti. Aduhhh... macam mak nenek.

Dialah cinta hatiku.. 
Dialah racun.. 
Dialah penawar.. 
Cik Putri Nurnazurah Qistina.











Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~