Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

KASIHNYA SEMENTARA

 Hari ini seperti biasa aku lewat lagi tiba ke sekolah. Pengawas yang bertugas di depan pinu pagar sekolah amat rapat denganku.Si ratu ponteng yang degil. Siapa tidak kenal. Jadi tidak ada masalah bagiku. Setelah memastikan tiada guru di dalam kelas, aku menyusup masuk melalui pintu belakang kelas.  Aku perlu melalui meja Rizlan. Sejak aku masuk ke dalam kelas, dia asyik memerhatikanku. “Apa kenalah budak ni asyik perhati kat aku saje”, rungutku dalam hati. Ahh!! Lantaklah, malas nak layan.  Macam biasa, aku dan teman-teman rapatku buat ‘mesyuarat tak rasmi’ dulu. Macam-macam ragam kami. Kutuk orang sana sini. Bila bab cerita lawak, gelak sakanlah kami. Tak ada cover-cover lagi. Kalah pelajar lelaki yang tengah duduk diam.  Mata itu memandang lagi bila mendengar tawaku yang serak-serak basah itu. Bila Nesya, temanku menunding jarinya ke arah mata itu yang memandangku lagi, dengan pantas dia mengalihkan pandangan. Aku mula gelisah, kenapa dia asyik memerhatikanku? ...

Aku..Dia..Abadi...

Setiap kali tiba tanggal 8 Febuari, aku pasti resah.. Entah mengapa, aku rasakan serba tidak kena pada diriku.. Aku tidak akan melupakan kenangan itu... kenangan yang mengusik jiwa..   Hari ini merupakan hari pertama persekolahan penggal 1999 dan aku akan melangkah ke tingkatan dua. Sebagai gadis yang lincah dan sentiasa riang, memang aku dikenali dikalangan rakan-rakan sekolah. Sikapku yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja membuat aku disenangi rakan-rakanku.   Hari pertama persekolahan, tiada waktu pembelajaran dan guru-guru pun sibuk dengan sesi pendaftaran murid-murid baru. Kesempatan ini aku ambil dengan berborak kosong dengan rakan-rakan karibku di birai koridor kelas. Maklumlah, cuti persekolahan selama 2 bulan itu, ramai yang membuka cerita percutian mereka. Aku hanya mendengar sahaja.   Sedang aku dan rakan-rakanku rancak berbual, datang seorang junior menegurku. “Kak, ini ada surat dari kawan saya. Dia kirim salam”, Junior tadi mula membuka cerita. Aku...

Aku Punya Mimpi

Petang damai di Teluk Kemang menggamit untaian sejarah yang tidak pernah lekang dari kotak ingatan. Butiran pasir yang putih dikuis-kuis, dengan hujung ranting kayu mati. Seketika dia mendongak ke kaki langit. Gumpalan awan yang berbentuk seperti kuda berlaga itu perlahan-lahan berarak menuju ke barat daya. Dari celah gumpalan yang indah itu, kenangan silam bagai hadir lagi. Ah!! Kenangan itukan terlalu indah untuk dikenang? Tika itu, dia riang duduk di tepi pantai sambil menunggu matahari tenggelam di kaki langit sambil memerhati camar yang bergegas pulang ke sarang. Waktu itu, kala itu, Shah sentiasa menemani di sisi. Zaman remaja yang berlalu pergi seperti baru semalam ditempuhi. Petang aman akhir Disember, mereka melangkah ke gigi pantai, berbual sepi. “Hazryn, cita-cita Hazryn ingin jadi apa?”, soal Shah memecah perbualan sepi mereka. Gadis bernama Hazryn itu menoleh ke arah pemuda bernama Shah seraya menjawab, “Hazryn bercita-cita ingin menjadi guru”. Shah memandang sepi waja...