Setiap kali tiba tanggal 8 Febuari, aku pasti resah.. Entah mengapa, aku rasakan serba tidak kena pada diriku.. Aku tidak akan melupakan kenangan itu... kenangan yang mengusik jiwa..
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan penggal 1999 dan aku akan melangkah ke tingkatan dua. Sebagai gadis yang lincah dan sentiasa riang, memang aku dikenali dikalangan rakan-rakan sekolah. Sikapku yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja membuat aku disenangi rakan-rakanku.
Hari pertama persekolahan, tiada waktu pembelajaran dan guru-guru pun sibuk dengan sesi pendaftaran murid-murid baru. Kesempatan ini aku ambil dengan berborak kosong dengan rakan-rakan karibku di birai koridor kelas. Maklumlah, cuti persekolahan selama 2 bulan itu, ramai yang membuka cerita percutian mereka. Aku hanya mendengar sahaja.
Sedang aku dan rakan-rakanku rancak berbual, datang seorang junior menegurku. “Kak, ini ada surat dari kawan saya. Dia kirim salam”, Junior tadi mula membuka cerita. Aku hanya tersenyum. Di dalam hati berkata, “Apa sajalah budak-budak ini..”. Setelah mengucapkan terima kasih, aku terus membuka sampul biru muda tersebut.
Junior yang mahu berkenalan denganku itu rupanya pelajar kelas sebelah sahaja. Namanya Azahar. Muda setahun dariku. Sejak daripada hari itu, kami berkawan. Aku senang berkawan dengannya. Dia seorang yang peramah dan rajin. Rajin menelefonku di rumah. Biasalah, ada saja perkara yang ingin dia bualkan. Bagiku dia hanya kawan baruku dan tidak terlintas difikiranku tentang satu hari nanti persahabatan kami akan jadi lebih daripada biasa. Macam tema siaran radio yang glamour tu. Dot..dot FM, Hahaha...
Namun, selepas dua minggu kami berteman tapi mesra, dia tiba-tiba bersikap dingin. Tiada lagi panggilan telefon darinya. Di sekolah pun, dia seperti mahu mengelak dariku. Aku kebingungan. Aku cuba merisik khabar daripada rakan sekelasnya, namun jawapan yang aku dengar bisa membuat hatiku tidak keruan. Jiwa kacau..
“OO..Azahar sudah ada girlfriend baru”, jawab Tengku jujur. Junior yang jadi posmen karat kami dulu. “Siapa girlfiend lama Azahar?”, soalku terkejut. “Kakaklah girlfriend lama Azahar”, jawab Tengku lagi. Jawapan yang membuatkan hidupku seharian itu tidak menentu. Apa maksud Tengku? Hatiku tertanya-tanya.
Masih terngiang-ngiang jawapan Tengku di telingaku sewaktu aku berselisih dengan Tengku di Bilik Seni Lukis tengahari tadi. Waktu itu aku ingin menemui guru Seni Lukis, dan kebetulan Tengku baru keluar darpada bilik tersebut, jadi aku menahannya. Aku terus bertanya tentang sikap Azahar yang tidak ku tahu punca dia menjauhi dirinya dariku. Tengku yang ku rasakan jujur alam itu hanya menjawab dengan sejujur-jujurnya tanpa memikirkan perasaanku yang teramat pelik dengan jawapannya itu. Bila masa pulak aku declare dengan Azahar? Ish..pelik..pelik...tersangatlah pelik.
Sejak daripada itu, aku tidak lagi melihat kelibat dia melalui koridor di hadapan kelas ku. Jalan kegemarannya dahulu. Dalam pada aku tengah fikir-fikir kenapa Azahar jadi macam itu, tiba-tiba sampai satu cerita di telinga aku yang membuatkan aku bertambah yakin dengan cerita Tengku.
Syasya, kawan baik aku rapat dengan budak-budak junior. Satu pagi, Syasya lepak di padang, tengok budak-budak junior buat latihan untuk pertandingan bola sepak. Tiba-tiba Syasya yang tengah lepak dengan Amer, nampak kelibat Azahar di tengah padang. Lalu Syasya pun bertanya pada Amer. Syasya tak sangka soalan Syasya pada Amer membawa jawapan kepada persoalan yang sudah berbulan-bulan ku fikirkan.
“Mer kenal Azahar? Dia dah ada girlfriend ke?”, soal Syasya sambil memandang Azahar membawa bola ke tengah padang. “Girlfriend baru dia Syikin budak kelas F”, jawab Amer sambil mengesat peluh di dahi. “Girlfriend baru? Girlfriend lama dia siapa pula?”, soal Syasya dengan penuh minat. “Kak Nia, kawan Syasya” jawab Amer sambil menunjukkan aku yang sedang membaca buku di bawah pokok di tepi padang.
Sejak Syasya menyampaikan cerita dari Amer itu, aku sudah tidak lagi seperti dahulu. Entah mengapa, aku jadi seperti tidak bersemangat. Walhal kami tidak pernah menyatakan perasaan masing-masing, namun jauh di sudut hatiku, aku masih terkenangkan persahabatanku dengan Azahar. Rupanya, dalam diam, hatiku pernah dimiliki oleh Azahar tanpa aku sedari. Aku pernah ingin meluahkan isi hatiku padanya, namun semuanya sudah terlambat. Sehingga kini, aku masih mencari jawapan mengapa Azahar berubah hati dariku.
Bagiku, cerita dia dan aku akan tetap ku kenang hingga akhir hayatku. Tentang aku..dia.. dan abadi..
Cetusan rasa
_babyhanny_
Comments
Post a Comment