Hari ini seperti biasa aku lewat lagi tiba ke sekolah. Pengawas yang bertugas di depan pinu pagar sekolah amat rapat denganku.Si ratu ponteng yang degil. Siapa tidak kenal. Jadi tidak ada masalah bagiku. Setelah memastikan tiada guru di dalam kelas, aku menyusup masuk melalui pintu belakang kelas.
Aku perlu melalui meja Rizlan. Sejak aku masuk ke dalam kelas, dia asyik memerhatikanku. “Apa kenalah budak ni asyik perhati kat aku saje”, rungutku dalam hati. Ahh!! Lantaklah, malas nak layan.
Macam biasa, aku dan teman-teman rapatku buat ‘mesyuarat tak rasmi’ dulu. Macam-macam ragam kami. Kutuk orang sana sini. Bila bab cerita lawak, gelak sakanlah kami. Tak ada cover-cover lagi. Kalah pelajar lelaki yang tengah duduk diam.
Mata itu memandang lagi bila mendengar tawaku yang serak-serak basah itu. Bila Nesya, temanku menunding jarinya ke arah mata itu yang memandangku lagi, dengan pantas dia mengalihkan pandangan. Aku mula gelisah, kenapa dia asyik memerhatikanku? Nak cari gaduhkah?.
Apabila guru Bahasa Inggeris datang, mesyuarat terpaksa berehat (sebentar bersama Kit-Kat) Hehehe...Masa berganti masa, subjek berganti subjek. Dengan khusyuk kami belajar. Enjoy-enjoy juga, pelajaran tetap utama.
Kringggggg!!!, waktu rehat sudah datang. “Huaarghh!!, lenguh kepala aku ni”, sungutku pada teman-teman yang datang ke tempatku. “Kau ni Irina, menguap macam anak badak, tak padan dengan badan yang kering”, sindir Syasya. Aku hanya tersengih. “Jom pergi meeting”, ajakku pada teman-teman.
Tiba di tepi padang masing-masing mengambil tempat. Mulalah aksi-aksi menggelakkan orang, menggelakkan diri sendiri. Saja buat part time modelling. Posing tepi padang. Hehehe... Tiba-tiba Nesya tunding lagi jarinya pada sang empunya mata yang tengah mengusha aku. Hish, gila ke apa budak ni? Aku tahulah yang aku ni cun, kurang lebih dari Eja pelakon cantik lawa tu, tapi janganlah usha lebih-lebih, karang basi pulak.
Sang empunya mata tu bukan orang lain pun. Budak kelas aku juga. Nama dia Rizlan Hazri. Tempat dia dekat depan sebelah pintu kelas. Orangnya boleh tahan handsome. Yang tak bestnya, gigi dia ada sikit supih. Kira kategori rongaklah..Hari-hari dok toleh ke belakang. (Usha akulah tu). Bukan perasan, tp kenyataan. Semua orang tahu. Selama ini tak pernah pula aku dengar dia rapat dengan mana-mana pelajar perempuan.
Sebenarnya, aku dan Rizlan ni berkawan baik tak lama dulu. Entah kenapa hubungan kami jadi tak berapa nak ngam selepas itu. Asal bersuara, mulalah macam anjing dan kucing. Aku yang kucing tu ye. Garang-garang manja. Hahaha...Pantang bersua muka. Mula perang mulut. Itu yang aku malas nak tegur dia walaupun dh tiga tahun kitaorang jadi classmate.
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tinggal seminggu saja sesi persekolahan berakhir. Hari ini kami akan mengadakan jamuan perpisahan. Tiba saja di sekolah, hati aku rasa semacam. Sedih ada, hiba ada, gembira pun ada. Macam-macam ada... Aku terus menuju ke arah mejaku. Sewaktu aku ingin meletakkan buku di bawah meja, mataku menangkap sekeping kad bersampul biru berada di situ. Ku lihat namaku tertera disampul itu. Siapa yang hantar ye? Lawa juga dia pilih kad ini.
Assalamualaikum W.B.T
Buat Emily Irina, diharap dengan kehadiran kad yang tidak diundang ini, hubungan kita akan kembali seperti dahulu. Izlan sayangkan Irina. Maafkan Rizlan kerana membuat Irina seperti musuh. Rizlan perlu masa untuk evaluate perasaan Rizlan pada Irina. Sekarang Rizlan sedar, Tanpa Irina, Rizlan sunyi. Rizlan perlukan Irina.
Rizlan Hazri.
Usai saja membaca luahan hati Izlan, aku terus menyimpan kad itu. Bila ku toleh ke arahnya, dia memandangku dengan senyuman. Aku terus berjalan perlahan mendapatkannya. “I’m sorry too”, ucapku. “Thank you Irina”, balasnya. Selesai sudah kemelut yang melanda perasaan aku selama ini.
“Jom kemas meja”, usulku. Dia hanya menganggukkan kepala. Jamuan kelas berakhir tepat waktu loceng terakhir untuk sesi persekolahan tahun ini sebelum kami mula bercuti. Selesai mengemas, kami beramai-ramai mengabdikan kenangan dalam foto. Waktu Shah ingin mengambil gambar, Rizlan pantas meraih aku supaya berdiri di sebelahnya. Aku hanya tersenyum.
Waktu ingin pulang, aku beriringan dengan Rizlan ke muka pintu pagar sekolah. Ku lihat wajahnya yang keruh. “Kenapa Rizlan, are you ok?”, soalku gusar. Dia hanya menggelengkan kepala. “Rizlan ok, cuma rasa macam sedih pulak, nak tinggalkan Irina”, balas Izlan sambil memandangku. Pandangannya sukar untuk aku tafsirkan. “Alah.. dua cuti dua bulan saja, nanti tahun depan kita jumpa lagi. Irina akan call Rizlan ye waktu cuti nanti”, balasku memujuk. “Oklah, nanti kita jumpa lagi”, balas Izlan waktu kami berpisah membawa haluan masing-masing. Aku hanya melambai dan terus berjalan meninggalkannya.
Tidak sampai beberapa langkah, tiba-tiba kedengaran satu dentuman kuat dan beberapa pelajar menjerit dari arah belakang. Aku segera berpatah balik ke arah bunyi tersebut. Siapa pula yang kena langgar depan sekolah ni.
Tiba di tempat kejadian, aku menggiggil. Hatiku hancur melihat sekujur tubuh bermandikan darah. Mataku membulat. “Rizlan!!!”, raungku sekuat hati. Bagaikan mendapat satu kekuatan, aku menolak semua ke tepi dan memangku kepalanya. “Lan..Lan..”, aku menggoncang tubuhnya. Matanya yang tertutup rapat tadi terbuka. “Irina..Irina sayang..”, Rizlan cuba untuk bersuara. Kedengaran lemah dan seakan menahan kesakitan. Itu yang aku rasakan.
“Lan..jangan takutkan Irina” aku menangis seperti anak kecil. Dia hanya mampu tersenyum. Namun goncanganku semakin kuat saat matanya semakin tertutup dan akhirnya dia terkulai layu dipangkuanku. Aku seolah di serang histeria bila insan yang aku sayangi pergi dalam pelukanku. Oh, tuhan..
* * * * * ** * *
Di tepi padang sekolah, di waktu matahari semakin terbenam, hatiku menerawang pilu. Ada air mengalir dari tubir mataku. Seminggu sebelum kejadian, aku bermimpi sesuatu yang cukup menakutkan. Mimpi yang benar-benar terjadi. Rizlan dilanggar lori!.
“Rizlan, ketahuilah, Irina akan semadikan ingatan terhadapmu jauh di sudut hati Irina yang paling dalam”, luahku pilu. Ternyata cintaku tidak kesampaian. Aku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya. Sejak Rizlan pergi, gelaran ratu yang degil tidak lagi kusandang. Aku pun hairan, Sebenarnya aku ni budak baik.. Cuma kadang-kadang saja aku ni nakal sikit.
Sepanjang aku mengenali Rizlan dulu, dia sering menasihatiku dan memberikan dorongan. Bak kata Rizlan suatu masa dahulu,”Senakal-nakal awak seperti lelaki, awak tetap seorang perempuan Irina..”.
Kini aku hanya keseorangan. Entahlah, walaupun sudah lima tahun peristiwa itu berlaku, aku malas nak cari yang lain. Kalau ada yang sudi, aku terima. Kalau tak ada, aku tetap begini. Tapi tak mengapa, aku tidak kisah sebab kenangan bersama Rizlan sentiasa bersama aku.... Ishh..gilakah aku?? Masih merindu pada yang tiada..
Salam dari kejauhan,
-babyhanny-
Comments
Post a Comment