Skip to main content

Aku Punya Mimpi

Petang damai di Teluk Kemang menggamit untaian sejarah yang tidak pernah lekang dari kotak ingatan. Butiran pasir yang putih dikuis-kuis, dengan hujung ranting kayu mati. Seketika dia mendongak ke kaki langit. Gumpalan awan yang berbentuk seperti kuda berlaga itu perlahan-lahan berarak menuju ke barat daya. Dari celah gumpalan yang indah itu, kenangan silam bagai hadir lagi.

Ah!! Kenangan itukan terlalu indah untuk dikenang? Tika itu, dia riang duduk di tepi pantai sambil menunggu matahari tenggelam di kaki langit sambil memerhati camar yang bergegas pulang ke sarang. Waktu itu, kala itu, Shah sentiasa menemani di sisi. Zaman remaja yang berlalu pergi seperti baru semalam ditempuhi. Petang aman akhir Disember, mereka melangkah ke gigi pantai, berbual sepi. “Hazryn, cita-cita Hazryn ingin jadi apa?”, soal Shah memecah perbualan sepi mereka. Gadis bernama Hazryn itu menoleh ke arah pemuda bernama Shah seraya menjawab, “Hazryn bercita-cita ingin menjadi guru”. Shah memandang sepi wajah mulus Hazryn.

Dia senyap lalu bertanya, “Hazryn ingin menjadi guru?”. “Ya, Hazryn ingin menjadi guru”, jawab Hazryn sekali lagi. Shah mendongak ke kaki langit dan membalas, “Jadi guru ni Hazryn, jadilah guru yang menggurui orang lain dan menggurui diri sendiri”. “Kenapa dengan Shah ni, serius saja, selalu tidak macam ini pun”, luah Hazryn. “Mana ada serius, betul apa yang Shah cakapkan”, balas Shah. “Ok, apa pulak cita-cita Shah?”, soal Hazryn pula.

Tiba-tiba Shah mengeluh dan menjawab lemah, “ Kalau ada cita-cita sekalipun, tidak mungkin tercapai Hazryn”. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengeluh dan keluhan itu diluahkan pada Hazryn. Hazryn menjadi pelik, inilah kali pertama dia mendengar Shah mengeluh. Lantas Hazryn terdiam, dia tidak tahu kenapa Shah bersikap begitu. Hazryn mahu bangun untuk pulang, namun pantas Shah menahan. Lengan Hazryn ditarik lembut.

“Hazryn nak ke mana, nantilah dulu, matahari belum mahu tenggelam”. Hazryn duduk kembali. “Hazryn bukan apa, Shah tidak pernah bersikap macam ini. Shah sudah lain daripada yang Hazryn kenal. Serius sahaja, tidak seperti dulu”. “Dulu Shah macam mana Hazryn?, soal Shah meminta kepastian dari Hazryn. Shah merenung Hazryn. Hazryn gadis yang mudah tersenyum, periang dan tidak pernah bersedih. Katanya dulu, hidup ini kalau memikirkan hal yang remeh-temeh, nanti jadi sakit. Kini dia mengakui kebenaran kata-kata Hazryn itu. “Kalau Shah nak tahu, dulu Shah tidak pernah termenung, tidak pernah mengeluh, tidak pernah....”. “Cukup Hazryn, cukup!!”, pantas Shah memintas kata-kata Hazryn. “Haa..tengoklah, itu yang Hazryn tidak faham dengan Shah ni, sekejap senyum, sekejap serius. Semuanya sekejap!!”, marah Hazryn melulu. “Biar Hazryn pulang”, kata Hazryn sambil mengibas pasir di kaki seluar, dia meninggalkan Shah terkapai-kapai sepi.

Tiada sahutan daripada Shah. Dia bagaikan mengizinkan langkah-langkah Hazryn yang meninggalkan jejak. Dia seperti tahu, gadis itu akan ditinggalkan jua. Hazryn melngkah dan terus melangkah tidak menoleh seperti selalu. Senja itu, Shah melihat matahari terbenam seorang diri. Entah kenapa, tiba-tba manik jernih jatuh daripada pelupuk matanya. Dia menangis. Tiba-tiba dirasakan sayu benar. Terasa sepi, sepi semata-mata.

* * * * * * * * * * * *
Hazryn bagaikan tidak percaya dengan perkhabaran yang baru dia terima. Kalau boleh dia tidak mahu percaya. Baru seminggu kejadian dia meninggalkan Shah di pantai sendirian. Tiba-tiba rasa penyesalan begitu tebal di hati. Perubahan Shah bergitu ketara. Itu yang dirasainya.

“Hazryn, Shah sudah tiada lagi nak, baru sebentar tadi dia menghembuskan nafasnya yang terakhir”, perkhabaran dari ayah begitu menyentak jantungnya. “Ayah mahu ke rumahnya untuk menguruskan jenazah, Hazryn mahu ikut ziarah?”, soal ayahnya seperti mengerti betapa sedihnya hati Hazryn. Pantas Hazryn menyauk tudung di belakang pintu dan terus turun dari rumah.

Subuh yang damai ini bagaikan kelam pada pandangan Hazryn. Dia melihat berpusu-pusu orang kampung datang menziarahi jenazah Shah. Tidak dinafikan, anak nelayan berusia 20 tahun itu begitu peramah dan memang disenangi penduduk kampung. Perwatakannya yang sederhana itu membuatkan ramai orang kampung terasa dengan kehilangannya. Sudah berapa kali Hazryn dipapah kerana terlalu sedih dengan pemergian Shah.

Tanah perkuburan itu ditempuhi untuk sekian kalinya. Menatap pusara Shah seperti menatap wajah sayu pemuda itu pada petang terakhir mereka bertemu. Air matanya tidak tertampung lagi. Entah mengapa, dia alah pada kesedihan sendiri. Sedang dia keseorangan di situ, dia didatangi oleh adik Shah, Nelly yang berusia lapan tahun. Seperti Shah, Nelly juga agak rapat dengan Hazryn.

“Kak Hazryn, boleh Nelly jumpa sebentar?”, soal Nelly sayu. “Ya Nelly, ada apa sayang?”, balas Hazryn. “Malam tadi abang ada beri barang ini, dia suruh Nelly beri pada kak Hazryn. Dia...”, tiba-tiba Nelly menangis. Hiba benar dia. Pantas tangan Hazryn menyambut huluran Nelly tadi sambil memeluk Nelly. Sampul surat berwarna ungu itu dibuka dan dia membaca surat daripada Shah dengan tenang.

“Hazryn...jadilah guru yang menggurui orang lain dan menggurui diri sendiri... Shah juga punya mimpi Hazryn..Mimpi indah.. Kata orang, mimpi indah adalah mimpi yang sukar jadi kenyataan. Betukah begitu Hazryn? Hazryn, mimpiku cuma satu, ingin memnbahagiakan kau dunia akhirat...”  

Salam ikhlas, 
SHAH HAZRY

 Dengan linangan air mata, Hazryn membuka bungkusan biru lembut itu. Terdapat sebuah kulit siput yang terukir indah. Tertera namanya dn nama Shah di situ. Namun lidahnya kelu.  

Shah & Hazryn...Kekal Abadi... 

“Nelly, apa sakit abg Shah?”, soal Hazryn ingin tahu. “Kanser, Kak Hazryn tidak tahu ke?”, soal Nelly pilu. Hazryn hanya menggeleng lemah.

KENANGAN ITU TERLALU MANIS UNTUK DIKENANG
-BABY HANNY-

Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...