Skip to main content

Tanda Amaran Jarak Jauh

eNTRy lame diupdate semula..

15/03/2009
Mengekalkan perhubungan jarak jauh memerlukan kepercayaan yang tidak berbelah-bagi terhadap pasangan kerana apabila curiga digandingkan dengan jarak, ia hanya akan merosakkan hubungan yang terjalin. Momentum dalam berkomunikasi antara pasangan perlu dikekalkan agar perasaan tidak hambar atau pudar apabila masing-masing dipisahkan oleh lokasi dan waktu. 

Dalam pada masa yang sama, naluri pencinta jarak jauh harus sensitif dalam merasai kelainan atau perubahan reaksi pasangan terhadap diri anda. Pasangan yang tiada isu tentang jarak dapat mengenalpasti perubahan negatif ini daripada riak muka, perbuatan dan tuturkata. Pasangan yang bercinta jarak jauh, walaupun tidak dapat bersemuka, juga harus mengambil tahu tanda-tanda yang menunjukkan diri anda dalam bahaya. Sensitif kepada rasa naluri tetapi harus bertindak mengikut akal dalam mengekalkan perhubungan. 

Kepentingan komunikasi tidak dapat disangkal dan jika pasangan sudah mula kurang mengambil usaha untuk berkomunikasi dengan anda, sesuatu sudah mula mengganggu dirinya. Kalau sebelum ini dia menghantar e-mel 30 kali satu hari, sekarang hanya tiga kali sahaja, dan tiga kali ini pun pendek-pendek belaka, anda sedang berada dalam bahaya. 

Perhatikan alunan tulisan dalam emel tersebut, masihkah ada unsur-unsur cinta dan kasih sayang atau sekadar bertanya khabar secara rutinnya. Mungkin jangan terus membuat kesimpulan yang dia sudah punya pasal. Banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan pengurangan penghantaran email yang menjunam contohnya seperti sibuk dengan kerja atau aktiviti lain. Yang perlu diambilkira ialah drastiknya pengurangan tahap usaha untuk dia berhubung dengan anda. 

Ada sahaja alasannya jika isu ini dibangkitkan. Tak ingatlah, banyak kerja sangatlah, tiada sambungan talian Internetlah, semuanya sekadar untuk memberitahu betapa dia tidak berminat untuk berhubung denganmu. Perhatikan pula kekerapan panggilan telefon yang diterima dari dia. Kalau dahulu 15 kali panggilan diterima dalam sehari, sekarang hanyalah lima atau kurang. Pengurangan sebanyak 60% dalam panggilan telefon mungkin juga disebabkan oleh faktor-faktor seperti kurang kredit atau kurang masa, dan dalam masa yang sama betapa anda sangat berharap agar faktor kurang minat tidak terlibat sama. 

Perhatikan nada suara dia apabila talian disambungkan. Hati sendiri tahu menilai samada dia masih berminat untuk berhubung atau melakukannya kerana terpaksa. Satu lagi faktor yang boleh diambil kira dalam membuat penilaian tentang komitmen atau kesetiaan pasangan jarak jauh ini ialah keterujaan dalam berkomunikasi. Tidak kiralah samada faktor ekonomi meleset, era inflasi atau taraf hidup tinggi yang menyebabkan pengurangan dalam panggilan telefon, sms atau e-mel, nada keseronokan ketika berhubung dengan dirimu perlu dinilai. 

Biar telefon hanya sekali sehari tetapi sekali itu mengenengahkan yang terbaik dari pasanganmu. Tidak guna berhubung jika suara hambar, topik tawar dan perasaan lega apabila kedua-dua selesai berhubung. Apabila perhubungan telah hambar dan tiada lagi percikan asmara yang dirasai ketika berjauhan, ambillah langkah-langkah untuk memperbaiki perhubungan. 

Jangan dibiarkan sehingga rosak perhubungan tidak dapat diperbaiki lagi. Pertama sekali bertanyalah dengan baik mengapa perubahan itu berlaku. Mungkin pasangan anda tidak dapat meluahkan semuanya yang ada di dalam hati tetapi dia akan bercerita apabila kena cara dan masanya. Jangan sesekali terlibat dalam kancah salah-menyalahkan antara satu sama lain kerana ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.
 Luahkan apa yang tidak disenangi dan cubalah untuk perbaiki hubungan yang ada. Luangkan masa untuk bertemu dan berkongsi perasaan dan rasa cinta agar semuanya segar semula.





Comments

  1. ni ape kes ni? bukan amaran tsunami kan???

    ReplyDelete
  2. yup..bkn tsunami.tp amaran keras kerajaan cinta.. hahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~