Skip to main content

dehidrasi

tajuk pun mcm x best kan..kan..kan..

Adakah aku terdehidrasi?? 
*
*
*
jawapannya adalah betul.. 100% untuk anda.. 
yay!! hadiah percutian 3 hari 3 mlm kt kg sendiri.. hahaha... guaraun di petang Jumaat  :)

Ok, mari kita sama-sama belajar apa maksud dehidrasi ini..


Apakah Dehidrasi?

Dehidrasi berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih besar dari nilai yang diambil masuk. Tubuh adalah sangat dinamik dan selalu berubah. Hal ini terutama berlaku dengan air dalam tubuh. Kita kehilangan air secara rutin ketika:

    
* Berpeluh
    
* Buang air kecil atau buang air besar untuk membersihkan tubuh dari produk-produk sampah.


Pada hari biasa, seseorang harus minum sejumlah besar air untuk ganti rugi rutin.
 
 Cara mudah untuk mengelak dehidrasi..

Minum banyak air sekurang-kurang 8 gelas sehari...


Alkisahnya sejak kecil, aku amat susah nak amalkan minum air masak/mineral.. atas alasan aku rase air tu tawar / x manis/ x sedap dan perit bila air masak lalu kat tekak aku.. euww... sangat x best ok! Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku sering dihinggapi diserang  penyakit.. samada demam + batuk + selesema + sakit tekak + badan panas (badan aku tiap-tiap hari panas). Tiap kali jumpe doktor, pasti kene tembak bebel ngan doktor sbb kurang minum air masak. (Nak wat cmne sbb aku rase air tu mmg x sedap ok!!) then satu hari aku sakit perut yg amat sgt (xblh nk berjalan dan bgn) dan doc ckp mngkn ade masalah buah pinggang (yg ni aku x inform family sbb takut kene marah)  dan doc ckp aku ni kurang ambil air..  doc cume bg ubat tahan sakit dan mintak aku dtg semula bsk kalo sakit x elok2.. dan mmg btl bsk aku dtg lg sbb sakit x tertanggung azanya..(doc x buat urine test smlm- die terlupe sbb tgh tgk cite tamil kt tv dlm klinik ok!!)
doc suggest aku ambil air masak / mineral sebnyak yg mungkin dan dlm 2-3 hari perut aku dh ok... (mcm x percaya)

kesimpulannya, aku mmg kene ambil air masak /  mineral untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit yang x diundang.. dan aku dh mula minum air masak / mineral sikit-sikit (ok laa dr x ambil langsung kan..) satu hari satu gelas (mak aku akan duduk depan aku untuk pastikan aku minum air masak smpai habis ok!!)

*mak cakap air masak baik untuk kulit..biar nmpk cantik..gebu!!*
Ok, jom minum air masak same2.. yeay!!





Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...