SELAMAT TAHUN BARU
2011
Untuk tahun 2010, pahit manis kenangan, dugaan dan cabaran telah aku lalui... Kecewa dan gembira silih berganti menyapa halaman hidup.. Apa yang pasti aku telah harunginya dengan berbagai keadaan.. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneroka lagi alam dunia ciptaan Allah S.W.T. Tahun 2011 yang baru saja beberapa jam menjengah memberi aku peluang untuk menambah sisa coretan kehidupan yag akan aku susuri dengan keazaman yang menggunung..
01.01.11 aku akan mulakan dengan impian yang aku sulam dengan indah untuk aku jalani dengan penuh kegembiraan...
Comments
Post a Comment