Sempena Tahun Baru Cina, bos bg kitorg cuti dari Khamis hingga Sabtu. (Sabtu aku mmg x keje..hehehe) Jd abg-abg drebar sume gumbira gila.. Yela, mungkin ni laa masa nak bawak anak bini berjalan..ye tak.. Hari ni pulak seluruh Wilayah (Persekutuan, Putrajaya & Labuan) bercuti. Jeles-jeles.. Tapi kat opis pun bkn ade keje sangat pun. Abih-abih bos aku main game dan aku sibuk bukak blog orang. Baca apa yang aku suka baca. Sambil-sambil tu tengok-tengok apa yang patut untuk kenduri nanti.
Haih... Cakap pasal kenduri aku rasa seram sejuk plak. Sebelum ni aku tak amik port sangat. (Ye ke..) Buat masa ni semua persiapan dan 80% siap. Terima kasih buat keluarga, sepupu sepapat dan kawan-kawan yang menabur budi di kenang juga untuk aku yang comel ni.. hihihi ^o^
Kat facebook aku dan send invitation event. Kat blog tak tahu bile nak publish. Rasa-rasa ada kawan-kawan blog yang sudi hadir ke majlis aku??? ^__^ V
Untuk yang sudi bagi alamat, aku akan layangkan kad cinta untuk kalian. Tak la seberapa cantik, tapi itulah jemputan khas aku untuk kawan-kawan yang dah lama aku tak jumpe. (Kira nak wat reunion laa jugak.. Heheheh...)
*abang posmen tolong jaga kad saya tu baik-baik ye.. saya titipkan kasih dalam kad cinta saya tu untuk kawan-kawan yang saya sayangi..*
saya insyaallah datanggggg! (^_~)
ReplyDelete@zubaik!! kita jumpa di sana!! hehehe....
ReplyDelete